Cara Betul Pakai Topeng Muka, Dalam atau Putih Biru Di Luar. Ini Panduan Bergambar, Jangan Main Pakai Sahaja
Berikutan dengan penularan wabak Covid-19 yang semakin meluas di seluruh dunia termasuk Malaysia, masyarakat telah membuka mata mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan diri serta mengambil langkah berjaga-jaga dalam pencegahan jangkitan virus tersebut.
Salah satu langkah penting selain sentiasa mencuci tangan adalah praktikkan diri dengan pemakaian topeng muka terutama kepada individu yang tidak sihat.
Baca juga: Senarai Harga Facemask Terkini
Menurut wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Professor Seto Wing Hong pemakaian topeng muka memang berkesan dalam mengelakkan virus tersebar tetapi syaratnya ia mesti dipakai dengan betul.
Memang ramai yang sudah sedar kepentingan memakai topeng muka namun sayangnya ramai yang salah memakainya menyebabkan kita tidak dapat perlindungan yang sepatutnya apabila memakai topeng muka.
Ikuti perkongsian di bawah bagi mengetahui cara pemakaian topeng muka yang betul.
CARA PEMAKAIAN FACEMASK TOPENG MUKA YANG BETUL
Berikut adalah cara pemakaian topeng yang sepatutnya seperti dikongsikan oleh Profesor Seto Wing Hong di laman Facebook QuickTake by Bloomberg.
- Pilih topeng muka yang betul iaitu mempunyai dua bahagian. Bahagian biru di luar kerana ia kalis air manakala putih di dalam untuk serapan jika kita batuk.
- Pemakaian yang betul adalah bahagian biru di luar dan bahagian putih berada di dalam (menghadap mulut)
- Pastikan strip di bahagian paling atas menutup bahagian hidup dan menarik bahagian bawah topeng sehingga menutup dagu bagi mengelakkan topeng terbuka ketika digunakan.
- Topeng muka tidak boleh diulang pakai. Buang selepas sekali penggunaan.
- Apabila hendak membuka topeng, pegang di bahagian tali kerana bahagian topeng telah tercemar. Kemudian terus buang ke tong sampah.
- Cuci tangan selepas memegang topeng muka terpakai.
Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi anda yang masih keliru tentang cara penggunaan topeng muka yang betul. Dalam ambil langkah pencegahan, pastikan tindakan yang dilakukan adalah betul.