Cara Mudah Transfer Duit, Hanya Perlu Masukkan Nombor Telefon Penerima
Sejak tercetusnya penularan wabak COVID-19, kita masing-masing perlulah jaga diri sendiri tambahan apabila berada di luar. Kalau boleh, semua orang diminta untuk hadkan masa berada di luar dan lakukan sebarang urusan secara online sahaja. Kan lebih selamat!
Dengan pelbagai perkhidmatan online dan perbankan online yang disediakan, memang tiada masalah untuk kita lakukan semua tanpa keluar. Jimat masa dan tenaga, yang penting tidak terdedah dengan orang luar!
Tahu tak ada satu kemudahan yang lagi memudahkan pengguna!
Isi Kandungan
HANYA MASUKKAN NO. TELEFON UNTUK TRANSFER DUIT
Pasti yang yang pernah dengar DuitNow kan? Tetapi tidak ramai yang tahu guna kemudahannya. DuitNow adalah perkhidmatan pembayaran yang membolehkan pengguna memindahkan wang dengan lebih mudah, cepat dan selamat.
Sebelum ini biasa kita guna instant transfer melalui nombor akaun. Tetapi nak ingat nombor akaun yang panjang memang susah kan?
Sekarang anda hanya perlu masukkan nombor telefon penerima sahaja, dah boleh pindahkan wang.
KEMUDAHAN DUITNOW
Apa yang paling best adalah anda tidak perlu install sebarang aplikasi pun kerana DuitNow tersedia dalam perbankan mudah alih anda. Semua bank ada sediakan kemudahan DuitNow.
Pengguna boleh gunakan kemudahan DuitNow dalam perbankan online Maybank2u, CIMB Clicks, Public Bank, BSN dan banyak lagi.
CARA DAFTAR ID DUITNOW
Pertama sekali, penerima dan pengirim yang akan transfer duit perlu ada ID Duitnow. Tidak susah pun nak daftar, tak sampai 2 minit! Daftar ID DuitNow ini adalah untuk daftarkan nombor telefon dengan DuitNow bagi memudahkan pemindahan wang.
- Log masuk ke mana-mana perbankan online anda
- Klik bahagian Setting dan seterusnya DuitNow ID
- Nombor telefon yang didaftar dengan perbankan online anda akan dipaparkan. Pilih Nombor tersebut dan klik View
- Nombor Akaun akan dipaparkan. Klik pada kotak setuju dan klik Next
- Untuk kekalkan keselamatan pengguna, anda perlu request Code yang akan dihantar ke nombor telefon anda.
- Masukkan nombor yang diterima melalui SMS dan klik Confirm
Siap! Nombor telefon anda sudah didaftarkan ke DuitNow! Selepas ini anda dah boleh terima dan buat pemindahan wang melalui nombor telefon.
CARA TRANSFER DUIT GUNA NOMBOR TELEFON
Dah ada ID DuitNow, anda dah boleh transfer duit dengan mudah:
- Log masuk ke akaun perbankan online anda
- Klik DuitNow
- Pilih Account dan Pilih Mobile Number untuk bahagian Transfer To
- Masukkan Jumlah yang ingin dipindahkan, nombor telefon pengguna (pastikan daftar ID Duitnow)
- Masukkan Reference dan klik Transfer
- Masukkan TAC yang dihantar melalui SMS dan klik Confirm
Siap! Wang akan terus dipindahkan ke akaun yang didaftar oleh nombor telefon penerima. Mudah kan? Jimat masa, tidak perlu ingat nombor akaun panjang-panjang, urusan pun lebih mudah tanpa perlu keluar ke bank.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu memudahkan urusan pengguna. Selamat mencuba!