Cara Mudah Menggunakan Zoom Meeting, App Yang Menjadi Penting Dalam Dunia Hari Ini
Aplikasi Zoom Meeting kini menjadi salah satu kaedah untuk masyarakat berhubung antara satu sama lain dengan mudah tidak kira di mana pun mereka berada. Aplikasi ini kini digunakan di seluruh dunia bagi memudahkan kerja harian. Ekoran dengan wabak penularan COVID-19 yang telah menyebabkan berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan, banyak syarikat yang terpaksa melakukan Work from home.
Dengan aplikasi mudah ini, kini tiada lagi masalah untuk mengadakan meeting walaupun masing-masing berada di rumah. Yang paling menarik, anda boleh berhubung dengan 50 orang rakan sekerja sekali gus bersama majikan anda.
Berikut adalah cara mudah untuk menggunakan aplikasi Zoom Meeting ini.
Isi Kandungan
CARA MENGGUNAKAN APLIKASI ZOOM MEETING
1. Muat Turun Aplikasi Zoom Meeting
Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah dapatkan aplikasi ini dengan muat turun di telefon pintar anda.
2. Daftarkan ID dan Pilih ”Join A Meeting”
Setelah aplikasi tersebut sudah ada dalam telefon anda, buka aplikasi dan daftar akaun baru anda. Untuk menyertai meeting yang dibuat oleh majikan anda, pilih ”Join a Meeting”.
3. Masukkan Meeting ID
Masukkan meeting ID yang majikan anda berikan kepada anda, tulis nama sebenar anda supaya majikan tidak keliru. Setiap individu yang menyertai meeting tersebut akan menggunakan ID yang sama. Sudah selesai isi, tekan ”Join Meeting”
4. Pilih Via Device Audio
Setelah masuk, anda perlu pilih audio dan buat pilihan ”Call Via Device Audio” untuk pastikan anda mendengar suara orang lain yang menyertai meeting itu.
Mudah kan? Zaman sekarang yang serba boleh tiada alasan lagi untuk anda tidak bersua muka dengan majikan anda. Lebih mudah untuk melakukan kerja dan mendengar arahan apabila bersemuka bukan? Selamat mencuba!