Tahu Tak, Pengeluaran i-Sinar Kategori 1 Hanya Guna MyKad Sahaja. Follow Langkah Ini
Penantian ramai kini telah tiba, permohonan i-sinar bagi kategori 1 telah dibuka kepada 8 juta Ahli KWSP yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan. Permohonan i-sinar KWSP boleh dibuat secara online.
Hanya gunakan MyKad sahaja, permohonan i-sinar secara atas talian kini boleh dilakukan dengan mudah sekali.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak kriteria kelayakan kategori 1 dan panduan lengkap membuat permohonan menggunakan MyKad sahaja.
Isi Kandungan
KRITERIA KELAYAKAN PENGELUARAN i-SINAR
Berikut adalah kriteria kelayakan pengeluaran i-sinar KWSP bagi kategori 1:
- Ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan suri rumah atau yang diberi notis tanpa gaji
- Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
- Ahli yang bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020
Bagi kategori ini:
- Tiada dokumen sokongan diperlukan
- Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP
- Ahli hanya memohon secara dalam talian mulai 21 Disember 2020
CARA MOHON i-SINAR KATEGORI 1
Berikut adalah panduan lengkap membuat permohonan i-Sinar bagi kategori 1 dengan menggunakan MyKad sahaja:
- Layari isinar.kwsp.gov.my
- Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
- Tekan TERUSKAN
- Isikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan SAHKAN OTP. Jawab Soalan Keselamatan untuk pengesahan
- Tetapkan Amaun Pilihan
- Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan TERUSKAN
- Lengkapkan Maklumat Pemohon yang wajib diisi
- Lengkapkan Maklumat Pembayaran dan tekan TERUSKAN
- Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran tandakan tick sebelum tekan HANTAR
- Permohonan anda diterima dan akan diproses
Mudah kan? Tidak perlukan i-Akaun pun untuk buat permohonan i-sinar bagi kategori 1 ini. Yang tiada i-Akaun pun boleh mohon. Hanya perlukan MyKad sahaja!
Nak tahu jumlah pengeluaran yang dibenarkan berdasarkan baki simpanan Akaun 1, anda boleh SEMAK DI SINI.
Untuk maklumat lanjut berkaitan pengeluaran i-Sinar, anda boleh terus hubungi talian 03 8922 4848 pada jam 8 pagi hingga 8 malam.