Cara Buat Permohonan Kad Pengenalan 12 Tahun JPN Secara Atas Talian
Pendaftaran kad pengenalan kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun kini boleh dibuat secara atas talian melalui pautan yang disediakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kemudahan ini disediakan bagi memberi kemudahan kepada penjaga yang ingin buat permohonan dan mengurangkan pergerakan orang ramai.
Langkah ini adalah demi menjaga keselamatan dan kesihatan masing-masing di samping menjimatkan masa pemohon. Permohonan yang dibuat mestilah disertakan bersama beberapa dokumen yang dinyatakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan kad pengenalan 12 tahun secara atas talian.
Isi Kandungan
SYARAT PERMOHONAN MY KAD 12 TAHUN
Berikut adalah syarat membuat permohonan untuk MyKad kanak-kanak 12 tahun secara online:
- Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun
- Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur iaitu:
– Ibu atau bapa; atau
– Penjaga (Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berumur melebihi 21 tahun) - Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) yang telah diisi dengan lengkap
- Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak bayaran proses akan dikenakan
- Sekiranya penganjur adalah selain daripada kategori di atas perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari JKM hendaklah dibawa bersama.
CARA MOHON MYKAD 12 TAHUN SECARA ONLINE
Berikut adalah panduan membuat permohonan MyKad Kanak-kanak 12 tahun secara online:
- Pergi ke pautan https://web12tahun.jpn.gov.my/
- Klik LOG MASUK/LOGIN untuk meneruskan permohonan anda
- Isi maklumat yang diminta sehingga selesai dan hantar permohonan anda
- Ceta borang permohonan yang lengkap
- Bawa salinan permohonan ke kaunter JPN yang terdekat untuk proses seterusnya
Anda boleh rujuk manual pendaftaran lengkap di bawah:
DOKUMEN DIPERLUKAN
Permohonan mestilah disertakan bersama dokumen sokongan berikut:
Dokumen Pemohon (Asal)
- Sijil Kelahiran/ SIjil Anak Angkat/ Sijil Warganegara/ Pengesahan Taraf Warganegara/ Borang Warganegara/ Lampiran A (JAKOA)
- Passport bagi pemohon yang menetap di luar negara
Dokumen Penganjur (Asal)
- Kad Pengenalan Penganjur (Ibu/Bapa/Penjaga)
- Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari JKM hendaklah dibawa bersama
- Pasport negara asal penganjur bagi yang Bukan Warganegara
Dokumen Sokongan
- Sekiranya alamat tidak selaras dengan alamat penganjur, perlu mengemukakan Bil elektrik/ bil air/ bil pembentungan/ bil utiliti/ cukai pintu/ cukai taksiran/ borang taksiran cukai pendapatan atau lain-lain yang berkaitan
KADAR BAYARAN
Berikut adalah kadar bayaran yang dikenakan bagi permohonan MyKad 12 tahun secara online:
Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan MyKad kanak-kanak 12 tahun, anda boleh hubungi talian 1MOCC di 03 8000 8000 atau PRO JPN 03 8880 7077. Anda juga boleh terus ke kaunter JPN berdekatan.