Cara Mohon Kursus Dalam Talian EPSA Bagi Guru & Pentadbir
Bagi guru-guru yang ingin menambah pengetahuan dan mengumpul mata jam kredit ketika tempoh PKP bolehlah melayari Laman Web EPSA untuk mengikuti kursus-kursus yang sedia ada mengikuit inisiatif sendiri.
Kursus dalam talian merupakan perkongsian terbaru khas untuk semua guru dan para pentadbir bagi membantu mencukupkan jam kredit kursus SPLKPM bagi tahun 2020 ini.
Berikut adalah perkongsian mengenai kursus-kursus yang ditawarkan dalam EPSA dan langkah-langkah memohon kursus tersebut bagi guru dan pentadbir.
Isi Kandungan
KURSUS-KURSUS EPSA 2020
Nilai jam kredit selama 6 jam dikira sebagai 1 hari berkursus.
Kursus-kursus yang telah selesai hendaklah direkodkan melalui Modul Individu SPLKPM: Pembelajaran Kendiri: e-Pembelajaran untuk dikira sebagai bilangan hari kursus.
Semua anggota adalah diwajibkan memilih sekurang-kurangnya 2 kursus untuk diikuti berdasarkan senarai di bawah.
LANGKAH-LANGKAH DAFTAR KURSUS EPSA
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pendaftaran kursus EPSA.
- Layari laman web EPSA
- Klik SIGN IN
- ID: No Kad Pengenalan
Password: eps@(6 digit akhir IC)
- Kemaskini Profil Diri
- Bila sudah masuk bahagian dalam Laman Diri, isi bahagian GAYA PEMBELAJARAN SAYA
- Setelah selesai, pilih kursus pada bahagian KATALOG KURSUS
- Pilih yang ada sijil, klik pada gambar untuk dapat info ringkas tentang kursus.
- Klik DAFTAR pada kursus yang dipilih
- Pastikan klik pada semua slide, latihan dan ujian yang ada untuk lulus.
- Di akhir sesi, akan keluar ruang untuk JANA SIJIL.
Siap! Untuk permohonan kursus ini tidak perlukan Verification Letter, hanya perlu Sign In sahaja. Jika tidak boleh Sign In, cuba klik pada LUPA KATA LALUAN. Nanti anda akan dapat password baru melalui emel. Selamat mencuba!