Cara Mohon BPR 2021 & Senarai Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Bantuan kerajaan yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH) kini digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun 2021 yang akan memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion.
Sebelum ini rakyat telah dimaklumkan bahawa penerima BPR yang layak akan menerima bayaran bantuan masing-masing sebelum Aidilfitri tahun ini. Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk tahu info permohonan BPR 2021 kan?
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut cara mohon BPR 2021 dan dokumen sokongan yang diperlukan untuk mohon BPR 2021.
Isi Kandungan
CARA MEMOHON BPR 2021
Permohonan BPR 2021 yang akan dibuka nanti boleh dilakukan melalui beberapa kaedah berikut:
Mohon BPR 2021 Secara Online
Permohonan BPR 2021 secara online adalah melalui pautan berikut:
Mohon BPR 2021 Melalui Borang
Borang Permohonan BPR 2021 boleh dicetak oleh pemohon melalui Portal Rasmi BPRL
Hadir Ke Kaunter
Permohonan BPR 2021 juga boleh dibuat dengan hadir ke beberapa tempat berikut:
- Cawangan LHDNM
- Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan BPR 2021.
SYARAT PENERIMA BPR 2021
Semak syarat kelayakan permohonan BPR 2021 bagi setiap kategori di bawah:
Syarat Kelayakan BPR 2021 Isi Rumah
- Berkahwin (ada atau tiada anak)
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak
- Bujang termasuk OKU berumur 60 tahun dan ke atas
Syarat Kelayakan BPR 2021 Kategori Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tiada anak;serta
- Had umur 21 tahun hingga 59 tahun atau Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 18 tahun hingga 59 tahun
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
Berikut adalah senarai dokumen sokongan yang diperlukan untuk mohon BPR 2021:
Pemohon
- Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri /JPN
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN
- Salinan Sijil Penceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/JPN
- Salinan Sijil Dekri Nisi/Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
Pasangan
- Salinan pengenalan pasangan (MyKad/MyPR/MyKAS)
- Salinan pasport / Visa/ UNCHR/ Pas Sempadan/ Sijil lahir/ KP lama
Anak
- Anak Kandung: Salinan MyKad/MyKid dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Anak Angkat: Salinan MyKad/MyKid dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
JUMLAH BANTUAN BPR 2021
Jumlah bantuan BPR 2021 diberikan mengikut kategori berikut:
TEMPOH PERMOHONAN BPR 2021
Tempoh Permohonan dan Pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
-
Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19 dan bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.
Jika terdapat maklumat terkini mengenai tempoh permohonan BPR 2021, perkongsian ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.