Cara Daftar Perbankan Online Public Bank. Panduan Lengkap Dengan Gambar

Pbebank adalah perkhidmatan perbankan internet Public Bank yang boleh digunakan oleh pelanggan untuk mengakses akaun dan melakukan transaksi perbankan serta perkhidmatan lain lagi.

Kemudahan perbankan ini boleh diakses dengan mudah dari komputer atau smartphone anda. Kemudahan yang pengguna boleh nikmati adalah seperti semak baki, transfer wang, beli kredit telefon, pembayaran bil, dan lain-lain, seperti yang ditentukan oleh bank yang berkaitan.

Perkembangan teknologi disertai dengan kewujudan internet telah mengubah sebahagian cara rakyat Malaysia menjalankan urus niaga perbankan. Pelbagai transaksi boleh dilakukan dengan mudah tanpa perlu pergi ke bank.

Untuk ketahui perkhidmatan yang disediakan oleh Public Bank Online dan cara mendaftarnya untuk guna kemudahan perkhidmatan yang disediakan, ikuti perkongsian di bawah.

SENARAI PERKHIDMATAN PUBLIC BANK ONLINE (PBEBANK)

Pbebank adalah salah satu perkhidmatan utama Public Bank yang telah dilengkapi dengan ciri-ciri terbaik untuk menyokong kemudahan pelanggan dalam melakukan urus niaga.

Bahkan telah melampaui ciri-ciri yang dimiliki oleh ATM, kecuali pengeluaran duit tunai. Berikut adalah beberapa ciri-ciri unggul internet banking Public Bank.

  • Maklumat Akaun
  • Transaksi Wang
  • Topup Kredit Telefon
  • Bayaran Bil

CARA DAFTAR PUBLIC BANK ONLINE

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan Public Bank online, berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ambil ketika mendaftar.

  1. Pergi ke cawangan Public Bank berdekatan dan beritahu kepada customer service bahawa anda ingin buat akaun perbankan internet Public Bank.
  2. Selepas anda diberi User ID dan password sementara dari Public Bank, sila ikuti langkah-langkah seterusnya
  3. Buka laman rasmi www.pbebank.com
  4. Klik butang login
    Cara Daftar Perbankan Online Public Bank. Panduan Lengkap Dengan Gambar
  5. Masukan User ID yang diberikan oleh pihak Public Bank, klik Next
    Cara Daftar Perbankan Online Public Bank. Panduan Lengkap Dengan Gambar
  6. Masukan password klik Login
    Cara Daftar Perbankan Online Public Bank. Panduan Lengkap Dengan Gambar
  7. Baca PBE term dan conditions, klik Accept
  8. Sila isi New ID UserNew PasswordConfirm Password
  9. Sila isi Memorable Question sesuai keinginan anda
    Cara Daftar Perbankan Online Public Bank. Panduan Lengkap Dengan Gambar
  10. Sila isi Personal Login Pharse
    Cara Daftar Perbankan Online Public Bank. Panduan Lengkap Dengan Gambar
  11. Sila isi email anda, klik Submit
  12. Selesai

Selepas berjaya membuat pendaftaran akaun Public Bank Online, anda kini boleh login seperti biasa di Pbebank.com dan menggunakan perkhidmatan atas talian yang disediakan. Selamat mencuba!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma