Cara Buka Akaun Bank Rakyat Simpanan Untuk Anda dan Anak-anak

Akaun Simpanan-i Bank Rakyat adalah saluran selamat untuk anda menyimpan wang berlandaskan kontrak Qard dan wang anda boleh dikeluarkan pada bila-bila masa apabila diperlukan.

Jika anda berhasrat untuk membuka akaun simpanan Bank Rakyat, anda boleh membuat permohonan dengan cara yang dikongsikan di bawah ataupun di cawangan Bank Rakyat berdekatan anda.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat jenis akaun simpanan, syarat kelayakan dan cara membuat permohonan pembukaan akaun.

JENIS AKAUN SIMPANAN

Terdapat 3 jenis akaun simpanan yang ditawarkan:

  1. Akaun Dewasa
    *Terbuka kepada semua pelanggan berumur 12 tahun dan ke atas
    *Boleh dibuka dengan atau tanpa buku simpanan
    *Akaun boleh dibuka tanpa deposit dan akan diaktifkan selepas deposit dimasukkan.
  2. Akaun Remaja
    *Terbuka kepada remaja berumur antara 15 dan 21 tahun
  3. Akaun Nuri
    *Terbuka kepada semua kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah
    *Akaun dikendalikan oleh ibu / bapa / penjaga yang sah atau ahli keluarga terdekat sebagai pemegang amanah
    *Berpeluang menjadi ahli Kelab Nuri
    *Pengeluaran hanya sekali sebulan

SYARAT PEMBUKAAN AKAUN

Untuk syarat kelayakan pembukaan akaun bagi warganegara adalah:

  • Akaun individu
  • Individu bersama
  • Persatuan dan kelab (ditubuhkan dan didaftar di Malaysia)
  • Jawatankuasa masjid / surau (ditubuhkan dan didaftar di Malaysia)
  • Koperasi (ditubuhkan dan didaftar di Malaysia)
  • Syarikat:
    *Mempunyai pembiayaan di Bank Rakyat
    *Membuat kerja kontrak dengan Bank Rakyat
    *Mempunyai kerjasama dengan Bank Rakyat
    *Anak Syarikat Bank Rakyat

Bagi bukan warganegara:

  • Akaun individu.

CARA MEMBUKA AKAUN SIMPANAN

Bagi membuat permohonan pembukaan akaun simpanan peribadi, anda boleh layari laman web Bank Rakyat dan klik pada “Mohon Sekarang”

Cara Buka Akaun Bank Rakyat Simpanan Untuk Anda dan Anak-anak

Lepas klik Mohon Sekarang, anda perlu mengisi maklumat yang diminta untuk urusan permohonan. Buat pilihan jenis produk yang anda inginkan di bahagian “Produk Pilihan”.

Setelah selesai isi borang tersebut, anda hanya perlu hantar maklumat tersebut dan pihak Bank Rakyat akan hubungi anda kelak.

Cara Buka Akaun Bank Rakyat Simpanan Untuk Anda dan Anak-anak

Selain permohonan atas talian, anda juga boleh buat pembukaan akaun di cawangan Bank Rakyat berdekatan anda selepas tamatnya PKP. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web Bank Rakyat

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma