Cara Buat Aduan SKMM Untuk Masalah Rangkaian Telefon Di Kawasan Anda
Sekarang ini banyak aduan mengenai rangkaian telefon yang tidak bagus. Bukan satu jenis syarikat telekomunikasi sahaja, masalah rangkaian ini berlaku kepada pengguna dari pelbagai jenis telekomunikasi. Namun tidak semua mengalami masalah ini. Masalah rangkaian ini terjadi di kawasan-kawasan tertentu.
Untuk makluman anda, sebagai pengguna yang menghadapi masalah rangkaian yang sangat teruk anda boleh terus buat laporan SKMM di MCMC Complaint Portal.
Mudah sahaja, ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara membuat aduan SKMM.
CARA BUAT ADUAN SKMM
Ikut langkah mudah berikut untuk membuat aduan SKMM untuk masalah rangkaian telefon:
- Pergi ke Portal MCMC Complaint
- Lengkapkan Aduan Baru dengan maklumat seperti berikut
![Cara Buat Aduan SKMM Untuk Masalah Rangkaian Telefon Di Kawasan Anda]()
- Lengkapkan Maklumat Pengadu
![Cara Buat Aduan SKMM Untuk Masalah Rangkaian Telefon Di Kawasan Anda]()
- Lengkapkan Maklumat Aduan dan Lokasi Masalah di mana masalah tersebut berlaku
![Cara Buat Aduan SKMM Untuk Masalah Rangkaian Telefon Di Kawasan Anda]()
- Masukkan Lampiran sekiranya ada
![Cara Buat Aduan SKMM Untuk Masalah Rangkaian Telefon Di Kawasan Anda]()
- Klik Hantar / Submit
![Cara Buat Aduan SKMM Untuk Masalah Rangkaian Telefon Di Kawasan Anda]()
Siap! Mudah sahaja kan? Semuanya boleh dilakukan secara atas talian. Pihak MCMC akan menilai maklumat yang anda berikan sebelum menerima atau menolak aduan anda. Mereka akan hubungi anda setelah kajian dilakukan di kawasan anda.
Selamat mencuba!




