Cara Beli Tiket Bas Online Ke Seluruh Negeri Di Semenanjung Malaysia
Bukan tiket kapal terbang sahaja kita boleh beli secara online, tiket bas pun sekarang ini dah ada banyak cara untuk beli secara online untuk destinasi ke seluruh negeri di Malaysia. Namun ramai pengguna masih tidak alert dengan cara beli tiket bas online ini.
Malah kini pilihan yang ada lebih efisyen kerana proses tempahan tiket secara online kini dipermudahkan untuk para penumpang bergerak antara bandar-bandar besar di seluruh Malaysia termasuklah negara jiran seperti Singapura dan Thailand.
Baca: Check Saman Online: Cara Semak Saman JPJ, Polis Trafik & AES
Tidak perlu lagi bersesak untuk beli tiket bas di kaunter. Ketahui kelebihan membeli tiket bas secara online ini dan cara beli tiket bas online di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
KELEBIHAN BELI TIKET BAS ONLINE
Antara kelebihan membeli tiket bas secara online adalah:
- Dapat menjimatkan masa daripada menunggu bas pada waktu yang dijadualkan
- Elak berbaris panjang, terutamanya pada waktu cuti
- Tidak perlu bimbang tentang tempat duduk dalam bas sebab kita boleh pilih kedudukan ikut keselesaan masing-masing.
CARA BELI TIKET BAS ONLINE
Untuk membeli tiket bas secara online, terdapat beberapa portal utama yang boleh anda gunakan iaitu:
Kesemua portal di atas ini menawarkan pembelian tiket secara online yang mudah difahami oleh pengguna.
Di sini dikongsikan cara beli tiket bas secara online melalui RedBus.com.my
Cara Beli Tiket Bas Melalui RedBus
1) Pilih lokasi berlepas/ ketibaan
Penumpang boleh menentukan tempat ketibaan atau pelepasan di ruangan “Dari” dan “Ke”, serta memasukkan tarikh perjalanan, dan tekan butang “Carian”.
3) Tapis pilihan jika perlu
Kalau terdapat terlalu banyak pilihan dan anda mempunyai kriteria tertentu untuk memilih bas, maka anda boleh menapis pilihan yang dipaparkan dengan menekan mana-mana butang yang terdapat di sebelah tepi butang pilihan “Susun Berpandukan”.
Pilihan bas akan dipaparkan berdasarkan kriteria yang dipilih seperti “Waktu Pelepasan,” “Operator Bas,” “Rating,” dan “Tambang” untuk memudahkan anda membuat pilihan.
4) Pilih tempat duduk
Salah satu perkara menarik bila beli tiket bas online ni, kita boleh pilih tempat duduk kita sendiri.
Nanti ada satu paparan tempat-tempat duduk di dalam bas akan muncul dan kita cuma perlu klik nombor tempat duduk pilihan dan tekan butang “Teruskan”.
5) Buat bayaran
Setelah selesai pilih bas dan tempat duduk, kita bolehlah teruskan dengan mengisi maklumat dan membuat proses pembayaran.
Bayaran yang diterima adalah dalam bentuk Kad Kredit, Kad Debit, FPX (Pindahan Perbankan Dalam Talian Malaysia), dan aplikasi e-Wallet Boost.
Mesej pengesahan akan dihantar ke ID e-mel berdaftar dan nombor telefon yang diberikan oleh pembeli.
6) Cetak/ simpan E-Ticket
E-ticket akan dihantar melalui emel anda. Setiap pengendali bas akan memberitahu sama ada tiket tersebut perlu dicetak.
Sesetengah bas hanya sekadar memerlukan ‘booking reference number’ yang boleh ditunjukkan melalui telefon bimbit saja.
Siap!
Apa Yang Perlu Dilakukan Semasa Hari Perjalanan
Semak semula e-ticket yang dihantar melalui emel, pastikan kita double check tarikh, masa dan tempat berlepas.
Pada hari perjalanan, datang awal ke stesen pilihan dan tunjukkan e-ticket yang dicetak pada kaunter bas. Mereka akan semak dan beritahu kita tempat untuk menunggu bas beserta nombor pendaftaran bas.
Ada bas boleh tolong printkan tiket jika kita minta. Masa nak naik bas, kita akan diminta untuk tunjukkan tiket bas sekali lagi kepada pemandu atau pengendali bas untuk pengesahan.
Boleh Ke Nak Tukar Tarikh & Masa Tiket Bas Yang Telah Dibeli?
Perkara ini bergantung kepada terma dan syarat, anda mungkin boleh menukar tarikh dan masa tiket bas yang telah dibeli atas sebab-sebab tertentu.
Untuk laman web RedBus, sila layari laman web redbus.my dan cari ikon ‘Reschedule’.
Masukkan nombor tiket dan alamat emel yang telah digunakan untuk membuat tempahan dan tekan butang “Carian”.
Sahkan nombor tiket dan tiket bas anda serta pilih tarikh baru perjalanan yang hendak dijadualkan.
Pilih bas yang hendak dinaiki dan sahkan tiket yang telah dijadualkan semula dengan membuat pembayaran harga perbezaan tiket.
Boleh Ke Nak Batal Dan Minta Refund Tiket Bas Yang Telah Dibeli Secara Online?
Boleh ke nak minta refund tiket bas yang telah dibeli? Ini bergantung kepada keadaan dan alasan yang diberikan oleh pelanggan.
Hubungi talian syarikat bus yang anda beli tiket tersebut dan cuba buat permohonan pembatalan tiket. Setelah permohonan dibuat, bahagian khidmat pelanggan akan memproses permohonan tersebut dan menghubungi pihak pelanggan secepat mungkin.
Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi membantu anda mengelakkan kesesakan di kaunter dengan beli tiket bas secara online. Semuanya di hujung jari sahaja. Selamat mencuba!