Kategori Calon Yang Tidak Dibenarkan Hadir Ke Ujian Kecergasan Fizikal SPA
Ujian Kecergasan Fizikal SPA merupakan satu ujian di mana fizikal dan kecergasan calon pekerja diuji oleh penilai berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Seperti yang kita tahu, ujian kecergasan pastinya melibatkan penggunaan tubuh badan yang agak lasak. Jadi, tidak semua calon dibenarkan hadir ke ujian kecergasan walaupun mendapat panggilan. Hal ini adalah bagi menjaga keselamatan diri calon.
Ketahui kategori calon yang tidak dibenarkan hadir ke ujian kecergasan SPA dan info lanjut ujian kecergasan SPA.
Isi Kandungan
PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN PANCAINDERA
Dalam ujian kecergasan dan fizikal, calon akan menghadapi pemeriksaan fizikal dan pancaindera yang meliputi:
- Pemeriksaan Ukuran Badan
a) Ketinggian
b) Berat Badan
c) Body Mass index (BMI)
d) Calon Lantikan Terus – 19 – 24
Calon PSL – 19 – 30
e) Ukuran Dada (biasa/tarik nafas) *Calon wanita dikecualikan - Pemeriksaan Penglihatan
a) Jarak Penglihatan “Visual Acuity” 6/9 (tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap “Contact lense”). Calon KPSL Dikecualikan
b) Pengecaman warna dan nombor - Pemeriksaan Pendengaran
- Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan
a) Jari, tangan, kaki dan lain-lain anggota berkeadaan baik
b) Berkawad
PEMERIKSAAN KECERGASAN
Kandungan pemeriksaan kecergasan meliputi:
- Larian 2.4 KM
i) Lelaki 14 minit
ii) Wanita – 17 Minit - Bangun tubi dalam masa 2 minit
i) Lelaki – 30 kali
ii) Wanita – 28 kali - Lari ulang alik ( 4 x 10 meter)
i) Lelaki – 11 saat
ii) Wanita – 13 saat - Lompat jauh berdiri
i) Lelaki – 215 sentimeter
ii) Wanita – 162 sentimeter
Calon PSL adalah dikecualikan Ujian Kecergasan.
CALON YANG TIDAK DIBENARKAN HADIR UJIAN KECERGASAN SPA
Antara calon yang tidak dibenarkan hadir ke ujian kecergasan SPA adalah:
- Calon wanita yang mengandung
- Calon wanita baru lepas melahirkan anak dalam tempoh tidak kurang dari 24 bulan
- Calon yang mempunyai masalah kesihatan yang serius dan kronik seperti sakit jantung, asma, darah tinggi dan sebagainya
- Calon yang mempunyai besi di dalam anggota badan
- Calon yang pernah terlibat kemalangan yang menyebabkan ketahanan diri tidak baik
Calon-calon yang disebutkan di atas adalah tidak dibenarkan untuk hadiri ujian kerana ujian ini melibatkan Ujian Kecergasan. Ujian ini tidak sama seperti temuduga biasa kerana ia melibatkan anggota badan. Untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, calon patut tarik diri awal-awal demi keselamatan masing-masing.
Semoga bermanfaat!