Cadangan Waktu Perjalanan Di Lebuhraya Utara-Selatan Sempena Cuti Deepavali
Sempena dengan sambutan perayaan Hari Deepavali, pasti ramai yang berhasrat nak pulang ke kampung kan? Jangan hairan bila lebih raya sesak nanti! Pengguna yang menggunakan lebuhraya PLUS di antara 20 Oktober hingga 26 Oktober 2022 dinasihatkan untuk merujuk Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA).
Jadual cadangan ini dikeluarkan oleh pihak PLUS bagi mengelakkan kemungkinan kesesakan di lebuh raya apabila kenderaan yang menuju ke pelbagai destinasi terkumpul di satu-satu lokasi di lebuh raya secara serentak.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat cuti sempena perayaan Hari Deepavali dan cadangan waktu perjalanan yang dikeluarkan oleh PLUS.
Isi Kandungan
TARIKH CUTI SEMPENA DEEPAVALI
Tarikh cuti Hari Deepavali bagi tahun 2022 adalah seperti berikut:
- 22 ~ 24 Oktober 2022 (Sabtu, Ahad & Isnin)
Walaubagaimanapun, KPM telah memaklumkan akan memberi cuti tambahan bagi lanjutan cuti sempena Hari Deepavali selama 2 hari.
2 Hari Cuti Tambahan KPM
Tambahan cuti 2 hari oleh KPM adalah pada tarikh berikut:
- 25 & 26 Oktober 2022 (Selasa & Rabu)
Sekolah akan bercuti selama 4 hari termasuk cuti tambahan sempena Hari Deepavali tahun 2022 iaitu mulai Sabtu hingga Rabu.
CADANGAN WAKTU PERJALANAN SEMPENA HARI DEEPAVALI 2022
PLUS menjangkakan sebanyak 1.9 juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuhraya kami setiap hari semasa cuti perayaan Deepavali bermula 21 Oktober ini berbanding 1.7 juta kenderaan sehari pada hari biasa.
Oleh yang demikian, PLUS mengeluarkan jadual TTA untuk membantu orang ramai merancang perjalanan mereka di samping membantu kami mengagihkan trafik yang bergerak di pelbagai destinasi.
Bagi mengelakkan terlibat dalam kesesakan lebuhraya, anda boleh rujuk cadangan waktu perjalanan sempena Hari Deepavali 2022:
Sentiasa berwaspada dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan ketika berhenti rehat di R&R dan hentian sebelah di sepanjang lebuh raya. Bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar di lebuhraya, sila pastikan baki kad Touch ‘n Go dan baki eWallet RFID Touch ‘n Go sentiasa mencukupi.
Semoga bermanfaat!