Nak Elak Sesak Pulang Cuti Perayaan Hari Raya Aidiladha? Ikut Cadangan Waktu Perjalanan Ini

PLUS menjangkakan kira-kira 1.9 juta kenderaan akan berada di lebuh raya setiap hari semasa musim cuti Aidiladha ini berbanding 1.8 juta kenderaan sehari pada hari biasa. Oleh itu, sila jangkakan kesesakan dan tempoh perjalanan yang lebih panjang pada hari-hari puncak tersebut

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mengikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA), merancang perjalanan lebih awal, serta membuat persiapan yang diperlukan untuk menghadapi perjalanan yang lebih panjang.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak cadangan waktu perjalanan bagi membuat persediaan pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidiladha.

TARIKH HARI RAYA AIDILADHA TAHUN 2022

Seperti yang dinyatakan dalam tarikh-tarikh penting dalam Islam Tahun 2022/ 1443 – 1444 H bagi Malaysia yang diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tarikh Hari Raya Korban/ Aidiladha bagi tahun 2022 adalah pada:

  • 10 Julai 2022 / 10 Zulhijjah 1443 (Ahad)

Orang ramai boleh semak tarikh cuti sempena Hari Raya Aidiladha bagi setiap negeri DI SINI.

TEMPOH CADANGAN WAKTU PERJALANAN (TTA)

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan jadual TTA di Lebuhraya Utara-Selatan yang bertujuan untuk mengagihkan trafik pada musim perayaan Aidiladha ini bermula:

  • 7 Julai sehingga 12 Julai 2022.

TUJUAN CADANGAN WAKTU PERJALANAN (TTA)

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dikeluarkan oleh pihak PLUS dengan matlamat untuk:

  • mengagihkan trafik dan mengelakkan kenderaan daripada memasuki lebuh raya secara serentak dan terkumpul serentak di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat,
  • sekaligus mengurangkan kesesakan.

CADANGAN WAKTU PERJALANAN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2022

TTA dikeluarkan berdasarkan data trafik sebagai panduan serta membantu pengguna lebuh raya menikmati pengalaman perjalanan yang lebih terurus dalam tempoh perayaan akan datang.

Bagi mengelakkan terlibat dalam kesesakan lebuhraya, anda boleh rujuk cadangan waktu perjalanan sempena Hari Raya Aidiladha 2022:

Cadangan Waktu Perjalanan adalah inisiatif yang dilaksanakan bagi membantu orang ramai merancang perjalanan di lebuh raya. Walau bagaimanapun, PLUS akan mengutamakan sebarang kerja segera atau kecemasan yang perlu dilakukan di laluan utama lebih raya untuk memastikan perjalanan pelanggan lebuh raya adalah selamat.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma