Cara Mohon Cabutan Sijil Kelahiran Secara Online Dengan Mudah Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  Malaysia melalui laman sosial rasmi telah membuat hebahan Permohonan Cabutan Sijil Kelahiran bayi kini dah boleh dibuat secara atas talian tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan JPN.

Sebelum ini JPN juga memperkenalkan kemudahan pendaftaran kelahiran secara online. Kedua-dua kemudahan ini sangat sesuai dengan keadaan semasa yang ingin mengelakkan orang ramai berkumpul dan mengurangkan pergerakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara buat permohonan Cabutan Sijil Kelahiran secara online bagi memudahkan kerja ibu bapa.

CARA MOHON CABUTAN SIJIL KELAHIRAN SECARA ONLINE

Berikut adalah panduan buat permohonan Cabutan Sijil Kelahiran secara online.

Manual Penyekat Pop Google Chrome

Sebelum meneruskan permohonan, pastikan anda ikut dulu langkah berikut:

Proses Pendaftaran Pengguna

  1. Layari Portal JPN : https://www.jpn.gov.my
  2. Klik pada pautan Permohonan Cabutan / Salinan Sijil Kelahiran Yang Diperakui Dalam Talian di bawah tajuk Perkhidmatan “Dalam Talian”.
  3. Pengguna akan dibawa ke alamat https://oslhr.jpn.gov.my
  4. Paparan utama laman sesawang sistem adalah seperti yang tertera
  5. Pengguna perlu mendaftar di Portal MyGovernment terlebih dahulu sebelum dibenarkan log masuk ke sistem.
    i. Klik butang Daftar Pengguna Baru untuk mendaftar bagi kali pertama; atau
    ii. Klik Log Masuk jika sudah mendaftar

Proses Permohonan Cabutan Sijil Kelahiran

  1. Pengguna hendaklah membaca semua terma & syarat yang telah disenaraikan.
  2. Jika setuju dengan terma yang disenaraikan, sila klik pada butang Setuju untuk meneruskan permohonan
  3. Pengguna perlu memilih kategori permohonan sebagai pemilik atau waris.
  4. Waris terdiri daripada:-
    i. Ibu Bapa,
    ii. Adik-beradik atau
    iii. Pasangan
  5. Jika pengguna memilih kategori sebagai “Pemilik”, sila lengkapkan borang permohonan tersebut.

  6. Manakala jika pengguna memilih kategori permohonan sebagai “Waris”, borang permohonan seperti berikut akan dipaparkan.
  7. Berikut adalah paparan bagi permohonan yang berjaya didaftarkan, sila klik butang Cetak Slip Permohonan.
  8. Pengguna boleh mencetak slip permohonan untuk dibawa ke kaunter bagi urusan selanjutnya
  9. Jika permohonan gagal didaftarkan, pengguna perlulah hadir ke kaunter yang berdekatan dengan anda.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan Sistem Cabutan/ Salinan Sijil Kelahiran yang Diperakui Dalam Talian ini, anda boleh emel ke alamat berikut:

  • psok@jpn.gov.my

manual lengkap permohonan sijil kelahiran

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma