Mohon Pembiayaan Perniagaan Bumiputera Relief Financing PUNB Sehingga 1 Juta
BRF merupakan sebuah inisiatif yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) dalam memberi sokongan kepada usahawan dan perniagaan Bumiputera yang terjejas kesan daripada penyusutan ekonomi akibat penularan pandemik COVID-19.
Pembiayaan ini juga bagi memastikan kemampanan dan kestabilan perniagaan Bumiputera kembali pulih serta dapat menyesuaikan perniagaan dengan model yang baharu ekoran perubahan norma pasaran ekonomi dan persekitaran.
Isi Kandungan
KEISTIMEWAAN PEMBIAYAAN
Antara keistimewaan pembiayaan yang ditawarkan adalah:
- Pemberian moratorium selama 6 bulan secara automatik dari tarikh pengeluaran dana
- Tiada cagaran diperlukan
- Kelulusan pembiayaan dalam tempoh 21 hari bekerja (beserta dokumen dan maklumat yang lengkap)
SKOP PEMBIAYAAN
Berikut adalah skop pembiayaan yang ditawarkan:
- Modal kerja
- Perbelanjaan operasi (6 bulan maksimum)
- Sistem automasi & peralatan
- Perbelanjaan untuk melaksanakan amalan berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19
MAKLUMAT PEMBIAYAAN
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah berjumlah RM100 ribu hingga RM1 juta dengan tempoh pembiayaan selama 5.5 tahun maksimum (termasuk bulan moratorium secara automatik). Kadar keuntungan adalah sebanyak 3.5% setahun berdasarkan pengiraan bulanan.
SYARAT KELAYAKAN
Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan adalah:
- Perniagaan Bumiputera yang terjejas akibat daripada ekonomi merudum disebabkan oleh pandemik COVID-19 dengan minimum hasil perolehan jualan sebanyak RM300 ribu setahun.
- Syarikat yang berdaftar dengan Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau badan-badan Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan yang diiktiraf. Ini TIDAK termasuk entiti yang tersenarai di Bursa Malaysia dan syarikat-syarikat subsidiari entiti berikut:
a) Syarikat Senarai Awam (tempatan atau asing)
b) Syarikat Multinasional (MNC)/Firma besar
c) Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
d) Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKDs)
e) Syarikat Milik Kerajaan Negeri
f) Koperasi - Perniagaan milik Bumiputera (sekurang-kurangnya 70% pemegang saham syarikat adalah Bumiputera)
- Rekod kewangan yang memuaskan
SEKTOR YANG DIBIAYA
Berikut adalah sektor atau industri perniagaan yang layak menerima pembiayaan:
- Peruncitan & Pengedaran Perdagangan
- Pembuatan & Kejuruteraan
- Sistem & Automasi
- Kesihatan
- Hospitaliti
- Penggerak Perniagaan
- Kreatif
Berikut adalah sektor yang TIDAK DIBIAYA:
- Pertanian & Perlombongan
- Perumahan & Hartanah
- Perniagaan Tidak Patuh Syari’ah
- Kewangan
SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Sediakan dokumen-dokumen berikut untuk buat permohonan:
- Dokumen berkanun syarikat seperti:
i) M&A, Borang24,44,49 (Sdn Bhd)
ii) Borang B&D (Milikan tunggal & Perkongsian)
iii) Sijil/Kelayakan Profesional (Guaman, Arkitek, Perakaunan – jika ada)
iv) Sdn Bhd – Penyata KWSP, LHDN & PERKESO
v)Lain-lain dokumen berkaitan - Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tempoh 2 tahun terkini (Sdn Bhd)
- Akaun Pengurusan 2019 (Sdn Bhd)
- Laporan Jualan Bulanan 2019 & 2020
- Penyata akaun bank bagi tempoh 12 bulan terkini
- Profil syarikat (sekiranya ada)
- Senarai penganugerahan kontrak/bukti kontrak-kontrak terdahulu (sekiranya ada)
- Surat/sebarang bukti bagi moratorium yang telah diberikan oleh pihak bank bagi pembiayaan yang sedia ada
- Salinan kad pengenalan Pengarah/rakan kongsi/pemilik tunggal/pemegang saham
- Borang persetujuan bagi pengesahan rekod kredit pemohon
- Penyerahan lesen daripada pihak berkuasa tempatan dan persekutuan yang relevan serta perjanjian penyewaan yang sah
- Bukti perniagaan terkesan daripada ekonomi yang merudum disebabkan oleh pandemik COVID-19 (jika ada) seperti Surat Fasiliti Pembiayaan Penstrukturan & Penjadualan Semula dari institusi kewangan lain, diskaun sewaan/pengecualian dari pemilik hartanah (jika melibatkan premis) dan berkaitan.
PROSES PERMOHONAN
Sekiranya anda berminat dan memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda boleh buat permohonan sebelum 30 November 2020. Pemohon boleh menghantar permohonan beserta dokumen diperlukan secara atas talian di pautan berikut:
Pegawai PUNB akan menilai dan menyemak dokumen permohonan bagi proses kelulusan oleh Jawatankuasa Penilaian. Setelah selesai proses penilaian dan semakan, PUNB akan menghubungi pemohon melalui panggilan telefon, email atau SMS bagi memaklumkan status kelulusan permohonan untuk proses seterusnya.
Setelah kesemua dokumen & syarat pengeluaran dana dipenuhi dan mendapat kelulusan, PUNB akan menyalurkan pembiayaan kepada usahawan yang layak bagi tujuan yang telah dipersetujui.
YURAN YANG DIKENAKAN
Berikut adalah yuran yang akan dikenakan kepada usahawan (ditolak daripada pembiayaan):
- Yuran Pemprosesan
- Yuran Dokumentasi
- Yuran Setem Duit
- 3 bulan deposit sekuriti
- Takaful Hayat dan Premis
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh terus hantarkan email ke alamat brfenquiry@punb.com.