Cara Buka Akaun Tabung Haji Secara Online

Anda masih tiada akaun Tabung Haji? Pembukaan akaun Tabung Haji adalah mudah dan boleh dilakukan di semua Kaunter Tabung Haji & Kaunter Mudah Alih, Rakan Strategik (Bank Islam & Bank Rakyat) & TH Komuniti. Bagi memudahkan urusan pembukaan akaun, anda juga boleh buat pendaftaran awal secara online.

Pembukaan akaun Tabung Haji adalah dibenarkan bagi kategori akaun dewasa dan kanak-kanak mengikut syarat yang ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan buka akaun Tabung Haji secara online.

KATEGORI AKAUN

Dua kategori akaun Tabung Haji:

  • Akaun Dewasa
  • Akaun Kanak-Kanak

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat umum pembukaan akaun Tabung Haji adalah:

  • Beragama Islam dan waras
  • Warganegara Malaysia

Akaun Dewasa

  • Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut tarikh lahir.
  • Membawa bersama dokumen pengenalan diri (MyKAD) semasa pendaftaran.

Akaun Kanak-Kanak

  • Di bawah umur 18 tahun mengikut tarikh lahir.
  • Penjaga yang sah adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001, Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  • Penjaga mestilah mempunyai akaun TH dan merupakan warganegara Malaysia.
  • Hanya satu penjaga sahaja yang dibenarkan bagi satu akaun.
  • Penjaga perlu membawa bersama sijil kelahiran dan dokumen pengenalan diri anak di bawah jagaan (MyKAD atau MyKID).
  • Salinan sijil kelahiran anak atau MYKid dan salinan dokumen pengenalan diri penjaga perlu disertakan semasa pembukaan Akaun Kanak-kanak.

Nota:

  • Penjaga dinasihatkan untuk menukar status Akaun Kanak-kanak kepada Akaun Dewasa apabila anak di bawah jagaan telah berumur 18 tahun ke atas. Permohonan pertukaran status akaun ini boleh dibuat di mana-mana pejabat cawangan TH oleh penjaga akaun kanak-kanak tersebut dan pendeposit tersebut hendaklah hadir bersama dengan penjaga ketika urusan pertukaran akaun.
  • Penjaga hanya boleh mentadbir akaun kanak-kanak berumur dibawah 18 tahun sahaja.
  • Penjaga hendaklah menukar akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa apabila kanak-kanak tersebut mencapai 18 tahun.

CARA BUKA AKAUN TH ONLINE

Berikut adalah panduan buka akaun Tabung Haji secara online:

  1. Pergi ke laman web https://www.thijari.com.my/
  2. Klik “Tiada Akaun TH? BUKA SEKARANG!”

  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan
  4. Klik berikutnya sehingga selesai
  5. Hadir ke mana-mana cawangan TH dengan membawa MyKad dan amaun deposit permulaan untuk membuat pengesahan biometrik

Mudah kan? Apabila tiba di kaunter cawangan tabung Haji, pastikan anda maklumkan kepada pegawai bertugas bahawa anda ada buat pendaftaran secara atas talian.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma