BPN Pelajar: Cara Mohon, Semakan dan Pembayaran BPN Untuk Pelajar

Bantuan Prihatin National (BPN) bagi pelajar berjumlah RM200 secara one-off akan diterima oleh  pelajar IPT di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kementerian yang berkaitan di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk Kolej Komuniti, Politeknik, Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

Mungkin ramai di kalangan pelajar tidak sabar menunggu untuk membuat permohonan bantuan ini. Berbeza daripada permohonan kategori lain, BPN bagi pelajar ini akan diagihkan oleh institusi masing-masing.

Berikut adalah maklumat mengenai permohonan BPN bagi pelajar dan cara bantuan disalurkan kepada pelajar.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan untuk BPN pelajar adalah:

  • Bantuan ini adalah untuk pelajar yang menuntut di Malaysia sahaja.
  • Pelajar yang sedang menjalani latihan industri dan work-based learning layak menerima bantuan ini.
  • Pelajar semester akhir dan akan tamat pengajian pada Mei 2020 layak menerima bantuan ini.Pernyataan ini merujuk kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian dan berstatus aktif di IPT masing-masing pada 31 Mac 2020.
  • Pelajar yang sudah tamat pengajian sebelum 31 Mac 2020 tidak layak menerima bantuan ini. Ini kerana pelajar tidak lagi berstatus aktif di institusi masing-masing.

CARA MENYEMAK STATUS KELAYAKAN

Semua pelajar boleh menyemak status kelayakan masing-masing melalui pegawai di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di IPT masing-masing.

Jika tidak memenuhi kriteria kelayakan untuk menerima bantuan ini, anda perlu menghubungi Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing untuk mengemas kini dokumen / maklumat-maklumat berikut :

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Nombor akaun bank dan nama bank
  3. Salinan penyata/buku bank
  4. Nombor telefon bimbit/emel

BAGAIMANA BANTUAN DISALURKAN

Bantuan akan disalurkan kepada pelajar yang layak melalui akaun bank masing-masing jika pelajar memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan mulai hujung bulan April 2020 oleh institusi masing-masing.

Semakan boleh dibuat di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik/ Unit Hal Ehwal Pelajar/ Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing

JIKA TIADA AKAUN BANK?

Bagi pelajar yang tidak mempunyai akaun bank, pelajar perlu membuka akaun baru kerana bantuan bagi pelajar akan disalurkan ke akaun bank milik pelajar sahaja. Bantuan tidak boleh disalurkan melalui akaun ibu, ayah atau saudara mara.

Pelajar boleh membuka akaun di mana-mana bank tempatan. Mana-mana akaun yang dibuka dengan bank tempatan sama ada konvensional atau Islamik, boleh diterima. Akaun Tabung Haji dan akaun Amanah Saham tidak boleh digunakan untuk bantuan one-off ini.

NAMA TIADA DALAM SENARAI PENERIMA BANTUAN?

Jika pelajar menyemak senarai penerima bantuan dan dapati nama pelajar tiada dalam senarai, pelajar boleh menghubungi Pegawai Penyelaras di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik/  Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing.

MAKLUMAT LANJUT

Pelajar IPT digalakkan menghubungi terus Pegawai Penyelaras di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing berkenaan pembayaran RM200 one-off ini. Sekiranya ada soalan lanjut, Kementerian dan Agensi seliaan bertanggungjawab boleh dihubungi seperti berikut:

  • Kementerian Pengajian Tinggi (Pelajar IPTA/ IPTS) – 0388706777 ; 0388706949; 0388706628; 0388706623; 0388706124
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (Pelajar Matrikulasi, Tingakatan 6 dan setaraf) – 0388849383; 0388886749; 038889325; 0388849401
  • Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Pelajar MARA) – 0388912078; MARA Call Center: 032613 2000
  • Kementerian Belia dan Sukan (Pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara)- 0388713773; 0388713434; 0388713506
  • Kementerian Pertanian dan Industri Asas (Pelajar Diploma Kemahiran Malaysia)- 0388701663; 0388701664; 0388701307
  • Kementerian Sumber Manusia (Pelajar diploma atau setara termasuk pelajar sepenuh masa SKM4 dan ke atas) – 0388892359; 0388862409; 0388903404; 0388862352; 0388889111

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma