Pulang Ke Kampung Beraya? Hantar Borang Makluman Balik Kampung Ini Di Balai Polis

Sepanjang ketiadaan isi rumah orang ramai yang pulang ke kampung halaman bagi meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dinasihatkan untuk membuat pemakluman. Warga kerja Ibu Pejabat Daerah PDRM yang bertugas, tidak akan lupa untuk menjalankan lawatan atau membuat rondaan pada rumah-rumah yang telah ditinggalkan kosong ketika tempoh penghuni meninggalkan kediaman mereka.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan kempen pencegahan jenayah pecah rumah dan curi kenderaan sempena cuti perayaan untuk menjaga keselamatan rumah dan daerah individu yang pulang beraya. PDRM sediakan borang pemakluman yang perlu dihantar oleh individu yang ingin pulang ke kampung dan ingin memohon untuk rondaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan polis membuat rondaan dan borang pemakluman yang boleh dimuat turun.

OP SELAMAT/ OP CEGAH JENAYAH

“Op Selamat/Op Cegah Jenayah” akan dilaksanakan dengan cara membuat rondaan atau lawatan secara berkala dan keutamaan diberikan kepada pemilik rumah/kediaman yang telah:

  • menghantar aduan balik kampung melalui sistem Volunteer Smartphone Patrol (VSP) atau
  • menghantar borang balik kampung kepada pihak PDRM secara bertulis.

BORANG PEMAKLUMAN MENINGGALKAN RUMAH KEDIAMAN

Orang ramai juga boleh menghantar borang pemakluman tentang meninggalkan rumah kediaman untuk bercuti kepada pihak PDRM sebagai makluman dan permohonan untuk membuat rondaan secara berkala.

Borang pemakluman tentang meninggalkan rumah kediaman untuk bercuti boleh dimuat turun di bawah:

Sila sisikan borang ini dan hantar ke Balai Polis yang berdekatan dengan tempat kediaman anda. Anda juga boleh dapatkan borang ini di balai polis berdekatan.

APLIKASI VSP

Volunteer Smartphone Patrol (VSP) merupakan inovasi baru oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertujuan bagi memudahkan orang awam menyalurkan maklumat atau aduan yang memerlukan bantuan daripada pihak polis.

Antara maklumat dan aduan yang boleh dibuat melalui aplikasi VSP adalah seperti kes ragut, dadah, jenayah, lumba haram, penyeludupan, balik kampung dan lain-lain maklumat yang memerlukan tindakan polis.

Antara modul yang terdapat dalam Volunteer Smartphone Patrol adalah:

  • Aduan – Menyalurkan maklumat kepada pihak polis
  • Balik kampung – Menghantar maklumat balik kampung kepada pihak polis untuk memudahkan pihak polis untuk membuat rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa
  • Direktori – Senarai alamat dan no telefon ibu pejabat polis kontinjen bagi memudahkan orang ramai mendapat maklumat dan perkhidmatan. Ianya juga dilengkapi dengan Google Maps

“Op Selamat/Op Cegah Jenayah” akan dilaksanakan dengan cara membuat rondaan atau lawatan secara berkala dan keutamaan diberikan kepada pemilik rumah/kediaman yang telah membuat pemakluman ketiadaan di kediaman pada tarikh dinyatakan. Jadi, anda dinasihatkan untuk maklumatkan kepada pihak polis untuk menjamin keselamatan kediaman anda sepanjang ketiadaan di rumah!

Semoga bermanfaat.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma