Bonus Raya Minimum RM1,000 Buat Kakitangan Awam Selangor & Pemimpin Masyarakat 

Berita baik buat semua anggota perkhidmatan awam atau kakitangan awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor! Kerajaan Selangor telah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri 2021 yang akan dibayar dengan kadar minimum RM1,000 atau sebanyak setengah bulan gaji!

Bukan sahaja kakitangan awam yang akan menikmati bonus raya ini, bantuan ini juga akan memanfaatkan pemimpin masyarakat dan Penggerak Belia Selangor (PeBs).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kadar bantuan khas kewangan dan tarikh pembayaran.

KADAR BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI

Bantuan Khas Kewangan akan diberikan mengikut kategori berikut:

  • Semua Anggota Perkhidmatan Kerajaan Negeri: Setengah bulan gaji (minimum RM1,000)
  • Pemimpin Masyarakat: RM1,000
    – Pengerusi MPKK
    – Pegawai Perhubungan Kampung Baru/ Bagan/ Tersusun
    – Ketua Komuniti India
    – Penyelia wanita berjaya (PWB)
  • Penggerak Belia Selangor (PeBs): RM500
  • Setiausaha MPKK dan Petugas Masjid: RM500
    – Nazir
    – Imam
    – Siak
    – Bilal

TARIKH BAYARAN BONUS RAYA

Bayaran bantuan khas kewangan akan dibuat pada:

  • 19 Mei 2021 (7 Syawal 1442H)

Baca juga: Tarikh rasmi bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada penjawat awam

Pemberian bantuan ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan kakitangan awam dan golongan berjasa yang menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

Semoga bermanfaat!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma