Pengkelasan Bidang Kuasa Kementerian Mengikut Jenis Perkhidmatan Untuk Mohon Kebenaran Beroperasi
Mulai 1 Jun 2021, surat kebenaran bekerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan dibatalkan serta merta. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan permohonan perjalanan ke tempat kerja perlu dikemukakan kepada kementerian berkaitan dengan perkhidmatan dan sektor masing-masing.
Ini bermakna, sepanjang tempoh PKP penuh atau “total lockdown” perkhidmatan yang ingin mohon surat kebenaran perlu buat permohonan melalui Kementerian atau agensi kawal selia yang berkaitan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak pengkelasan bidang kuasa kementerian atau agensi kawal selia mengikut perkhidmatan masing-masing.
PENGKELASAN KEMENTERIAN MENGIKUT JENIS PERKHIDMATAN
Berikut adalah pengkelasan bidang kuasa kementerian atau agensi kawal selia mengikut perkhidmatan dan sektor:
- MITI: Pembuatan
- KSM/ JTSM: Perburuhan
- JTKSM/ PERKESO: Isu Swab Test
- KPDNHEP: Retail/ wholesale, warehouse, cleaning service, kedai makan dan lain-lain
- KKR/ CIDB: Pembinaan
- KKR/ Lembaga Arkitek Malaysia (LAM): Architect firms
- KKMM: Komunikasi, teknologi maklumat, e-dagang dan industri kreatif – terhad kepada pembangunan kandungan kreatif (filem/ muzik/ animasi) dan persembahan langsung industri kreatif (tidak termasuk kebudayaan)
- KPKT/ PBT – SOP kawasan perumahan/ pembaikan rumah/ pengurusan properti/ kredit komuniti/ syarikat pajak gadai/ pinjaman wang berlesen
- KKM: Kesihatan/ Healthcare facility/ farmasi/ klinik
- MOTAC: Hotel/ pusat urut/ spa/ Agensi pelancongan/ homestay/ kebudayaan/ pusat hiburan keluarga/ themepark
- MOT: Pengangkutan/ ports/ logistik/ warehouse
- KETSA/ JMG: Perlombongan dan pengkuarian
- MPIC: Perladangan/ komoditi
- MAFI: Pertanian/ penternakan/ perikanan
- KDN: Syarikat keselamatan
- BNM: Perbankan/ institusi kewangan/ insurans/ takaful
- Malaysia Institute of Accountancy/ MIA: Audit/ syarikat perakaunan
- BHEUU: perkhidmatan guaman
- Suruhanjaya Sekuriti: Pasaran modal
- KPT: Pengoperasian/ Kemasukan pelajar/ pensyarah ke IPT
- MEDAC: Koperasi
- KBS: Sukan & Rekreasi
- KPM: Rumah Ibadat Selain Islam/ taska dan tadikan perpaduan
- NADMA: Pengurusan bencana/ penyelarasan PKRC/ Pusat Kuarantin/ Program ABC Covid-19/ penyelarasan JPBN
- FINAS: Penggambaran/ pawagam/ pawagam pandu masuk
- KPWKM: Pusat penjagaan sosial (taska & pusat jagaan_
- WISMA PUTRA: Sektor Luar Negara
- MOF: Sektor Perjudian Berlesen
Baca: Senarai Lengkap Perniagaan & Perkhidmatan Di Bawah KPDNHEP Serta Cara Mohon Kebenaran
Berikut adalah senarai talian setiap kementerian yang boleh dihubungi untuk urusan berkaitan isu COvid-19: