Permohonan Biasiswa Yayasan Pak Rashid Untuk Sambung Pengajian Di UPM
Yayasan Pak Rashid (YPR) Universiti Putra Malaysia mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon Biasiswa Yayasan Pak Rashid bagi menampung pengajian di Universiti Putra Malaysia. Permohonan adalah terbuka kepada calon yang sedang menuntut di tahun satu peringkat Ijazah Pertama di UPM.
Calon-calon yang berminat dan berkelayakan boleh memuat turun borang permohonan Biasiswa Yayasan Pak Rashid di laman yang disediakan atau muat turun di bawah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut biasiswa yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Warganegara Malaysia
- Calon sedang menuntut di tahun satu peringkat Ijazah Pertama di UPM
- Memperolehi keputusan cemerlang di peringkat Program Asasi Sains Pertanian
- Belum mendapat sebarang tajaan
Antara kelayakan tambahan yang dicari adalah calon yang:
- Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
- Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan
CARA MEMOHON
Calon yang berminat dan berkelayakan boleh memuat turun borang permohonan Biasiswa Yayasan Pak Rashid di laman sesawang Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) atau muat turun borang yang disediakan di bawah:
Pastikan anda sertakan bersama borang senarai semak permohonan Biasiswa Yayasan Pak Rashid:
Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 November 2021 (Jumaat). Borang permohonan mestilah dihantar ke alamat berikut:
- Sekretariat Yayasan Pak Rashid
d/a Pusat Perhubungan Alumni
Bangunan Timbalan Naib Cancelor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Serdang Selangor
Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di laman https://alumni.upm.edu.my/.