Tawaran Biasiswa Yayasan Khazanah Watan Dibuka Untuk Lepasan SPM

Biasiswa Khazanah Watan adalah anugerah berprestij yang menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia yang berbakat dan berprestasi tinggi untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Persediaan, Sarjana dan Pascasiswazah di universiti tempatan terpilih.

Lepasan SPM yang telah mendapat keputusan dan berhasrat untuk sambung pengajian peringkat Asasi boleh buat permohonan biasiswa pada tarikh yang ditetapkan. Permohonan Biasiswa Khazanah Watan kini dibuka sehingga 30 Jun 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan cara mohon biasiswa yang ditawarkan.

MATLAMAT PROGRAM BIASISWA KHAZANAH WATAN

Program Biasiswa Khazanah Watan disediakan dengan matlamat untuk:

  • Melatih bakat cemerlang Malaysia untuk mengubah GLC menjadi perniagaan yang kompetitif di dalam dan luar negara
  • Mendorong individu yang mempunyai kelalayakan akademik yang cemerlang untuk memimpin dan mengambil bahagian dalam inisiatif penyelidikan yang akan menyumbang kepada kemajuan reputasi universiti dalam penyelidikan dan inovasi

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Biasiswa Yayasan Khazanah Watan buat lepasan SPM yang ingin sambung pengajian peringkat Asasi dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 11 Jun hingga 30 Jun 2022

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Memiliki kemahiran kepemimpinan yang kuat dan penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum, sosial atau sukarela
  • Pemohon mesti mempunyai rekod pencapaian akademik yang konsisten dan cemerlang
  • Tidak melebihi 18 tahun pada tarikh pendaftaran pengajian asas
  • Mendapat kemasukan untuk melanjutkan pelajaran atau sedang dalam semester pertama Program Asasi di universiti-universiti yang diluluskan

Syarat Akademik:

  • Mendapat minimum 8A (gabungan A dan A+) dalam peperiksaan SPM baru-baru ini atau sekurang-kurangnya 8A dalam IGCE baru-baru IGCSE
  • Mendapat A atau A+ dalam mata pelajaran berikut:
    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik (hanya untuk SPM)

CARA MOHON

Calon lepasan SPM yang berminat untuk mohon biasiswa yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan di atas boleh buat permohonan secara online sekarang melalui pautan berikut:

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Biasiswa Yayasan Khazanah Watan, anda boleh hubungi talian +603 5870 4333 atau emel ke alamat yk@yayasankhazanah.com.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma