Permohonan Biasiswa Sekolah Rendah Yayasan Pahang Kini Dibuka

Biasiswa ini diperkenalkan pada tahun 2002 dan diberikan kepada murid-murid yang sedang belajar di sekolah-sekolah rendah kebangsaan dan jenis kebangsaan di seluruh Negeri Pahang Darul Makmur.

Pada peringkat awal biasiswa ini diperkenalkan, kumpulan sasar adalah anak-anak dari keluarga miskin/daif dengan pendapatan keluarga di bawah paras RM700 sebulan. Kini telah diperluaskan kepada keluarga yang berpendapatan di bawah paras RM2,000 sebulan.

Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan Biasiswa Sekolah Rendah di perkongsian bawah.

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan yang akan diberikan kepada murid yang layak adalah sebanyak:

  • RM300 setahun

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan memohon yang telah ditetapkan:

  • Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
  • Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan.
  • Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat dan kurang upaya, ibu tunggal yang tiada pendapatan tetap atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).
  • Pendapatan kasar ibu dan bapa atau penjaga tidak melebihi RM2,000 sebulan.
  • Pemohon sedang belajar di Sekolah Rendah/Sekolah Jenis Kebangsaan bantuan Kerajaan di Negeri Pahang Darul Makmur.
  • Pemohon dan ibu bapanya yang lahir di luar Pahang dan ibu bapanya yang bukan warganegara Malaysia TIDAK LAYAK MEMOHON

CARA MEMOHON

Permohonan Biasiswa Sekolah Rendah Yayasan Pahang kini telah dibuka mulai 24 Ogos sehingga 30 September 2020. Bagi ibu bapa yang memerlukan bantuan ini, permohonan boleh dibuat melalui sekolah sahaja. Ibu bapa diminta hadir ke pejabat sekolah dan maklumkan mengenai permohonan Biasiswa Sekolah Rendah ini.

Permohonan dibuka kepada murid Tahun 3 sesi persekolahan 2020 yang bersekolah di SK/SJK(C)/SJK(T) dalam Negeri Pahang.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi Yayasan Pahang di alamat dan talian berikut:

  • Yayasan Pahang,
    Kompleks Yayasan Pahang,
    Tanjung Lumpur,
    26060 Kuantan,
    Pahang Darul Makmur.
  • Tel: 09-5181800
  • Fax: 09-5181888 atau
  • e-mail: ypahang@yp.org.my

Permohonan Biasiswa Sekolah Rendah Kini Dibuka

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma