Permohonan Biasiswa Salihu Saburhan Buat Pelajar Universiti Malaya

Biasiswa Salihu Saburhan menawarkan satu biasiswa untuk pembiayaan penuh yuran pengajian dan elaun sara hidup bagi program Ijazah Sarjana Muda. Biasiswa ini terbuka kepada pelajar Universiti Malaya tahun 1 Sesi 2020/2021.

Pelajar yang tidak menerima sebarang tajaan/biasiswa daripada mana-mana institusi lain adalah layak untuk memohon.

Semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan di bawah.

FAKULTI/PUSAT YANG LAYAK

Biasiswa ini terbuka kepada pelajar dari fakulti/pusat berikut:

  • Fakulti Bahasa & Linguistik
  • Fakulti Ekonomi & Pentadbiran
  • Fakulti Pendidikan
  • Fakulti Sastera & Sains Sosial
  • Fakulti Sains
  • Fakulti Undang-undang

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pelajar yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak memohon biasiswa:

  • Rakyat Malaysia berusia bawah 25 tahun. keutamaan akan diberikan kepada pelajar berketurunan India Muslim
  • Pelajar berdaftar bagi program Ijazah Sarjana Muda dari fakulti yang ditetapkan
  • STPM/ Asasi Sains/ Matrikulasi/ Diploma (CGPA sekurang-kurangnya 3.00) atau 3A’s bagi program A-Level
  • Pelajar daripada golongan B40 atau pendapatan isi rumah kasar RM3,000 dan ke bawah
  • Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, sukan dan perkhidmatan komuniti
  • Memiliki kualiti kepimpinan yang baik melalui pelbagai jawatan yang disandang semasa di sekolah/universiti/komuniti
  • Tidak menerima sebarang tajaan/biasiswa daripada mana-mana institusi lain

CARA MOHON

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Oktober 2020. Pelajar yang ingin memohon hendaklah melengkapkan borang permohonan dan menghantar secara atas talian.

Sebarang pertanyaan lanjut atau pertanyaan mengenai permohonan biasiswa, anda boleh hubungi Sekretariat Biasiswa Salihu Saburhan Pusat Hubungan Alumni & Kemajuan Institusi (CARIA) di talian berikut:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma