Tawaran Biasiswa Pendidikan Lembaga Zakat Kedah RM12,000 Setahun Buat Pelajar UniSHAMS 

Lembaga Zakat Kedah menyediakan biasiswa pendidikan bagi menyambung pengajian ke Universiti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) tahun 1 2021/2022. Biasiswa pelajar UniSHAMS merupakan tajaan penuh kepada mahasiswi/mahasiswa UniSHAMS iaitu sepanjang pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Bantuan ini adalah dibawah asnaf Asnaf Fisabillah dimana sumber kewangan adalah Hasil Kutipan Zakat Negeri Kedah Darul Aman dan diagihkan kepada golongan asnaf yang layak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut biasiswa ditawarkan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 17 Mei hingga 6 Jun 2021

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan diberikan mengikut peringkat pengajian berikut:

  • Diploma (semua bidang pengajian)
    – Setiap semester: RM5000
    – Setiap tahun: RM10000
  • Ijazah Sarjana Muda (semua bidang pengajian)
    – Setiap semester: RM6000
    -Setiap tahun: RM12000

SYARAT KELAYAKAN BIASISWA

Berikut adalah syarat kelayakan menerima biasiswa pelajar UniSHAMS:

Peringkat Diploma:

  • Pemohon mestilah beragama Islam
  • Pemohon sedang bermastautin / menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-kurangnya 2 tahun
  • Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2020
  • Semua bidang pengajian yang diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia
  • Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya 1A 2B dan 3 Kredit serta kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu
  • Lulus ujian penempatan Bahasa Arab yang dianjurkan oleh UnisSHAMS; dan lulus ujian temuduga. (Diploma Tahfiz Wal Qiraat)
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
  • Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40)
  • Lulus temuduga Lembaga Zakat Negeri Kedah

Ijazah Sarjana Muda (Semua bidang pengajian)

  • Pemohon mestilah beragama Islam
  • Pemohon sedang bermastautin / menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-sekurangnya 2 tahun.
  • Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian tahun 2020.
  • Semua bidang pengajian yang diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia
  • Lulus Diploma/Matrikulasi/STPM/ASASI dalam bidang berkaitan dengan pencapaian CGPA 3.00 dan keatas atau sekurang-kurang pangkat Jayyid bagi lepasan STAM
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
  • Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40)
  • Lulus temuduga Lembaga Zakat Negeri Kedah

Ijazah Sarjana Muda Perubatan

  • Pemohon mestilah beragama Islam
  • Pemohon merupakan pemastautin / menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-kurangnya 2 tahun
  • Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian tahun 2020
  • Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya 1A 2B
  • Lulus Diploma/Matrikulasi/STPM/ASASI dalam bidang berkaitan dengan pencapaian CGPA 3.00 dan keatas atau sekurang-kurang pangkat Jayyid bagi lepasan STAM
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
  • Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40)
  • Lulus temuduga Lembaga Zakat Negeri Kedah

CARA MEMOHON

Permohonan bagi pelajar yang berkelayakan adalah dibuka sehingga 6 Jun 2021. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut:

Sila daftar akaun bagi pemohon kali pertama dan log masuk menggunakan nombor kad pengenalan untuk membuat permohonan.

DOKUMEN SOKONGAN

Pemohon WAJIB mengisi maklumat dengan lengkap dan memuat naik dokumen dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Gambar pemohon berukuran passport
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa atau Penjaga
  • Salinan Penyata Gaji / Pencen / Pengesahan Pendapatan
  • Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran semua ahli keluarga dibawah tanggungan
  • Salinan kelulusan pengajian (PT3/ SPM/ Sijil/ Diploma/ Ijazah)
  • Salinan Surat Tawaran atau Pengesahan Pengajian daripada IPT

Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Ketua Jabatan, Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pengetua, Guru Besar, dan Penghulu).

Permohonan diuruskan oleh Ibu Pejabat melalui Bahagian Pendidikan:

  • Bahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah
    Menara Zakat
    Jalan Teluk Wan Jah
    05200, Alor Setar
    Kedah Darul Aman
  • Tel: 04 7331740

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma