Tawaran Biasiswa Naib Cancelor UMK. Terima Elaun RM800 Setiap Bulan & Tajaan Yuran Pengajian
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyediakan Biasiswa Naib Cancelor (BNC) bagi memberi sokongan kewangan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran bagi pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa.
Penajaan biasiswa diberikan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Biasiswa Pendidikan Universiti (JKBPU).
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan BiasiswaNaib Cancelor.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak untuk dipertimbangkan:
- Permohonan penajaan biasiswa ini terbuka kepada pelajar tempatan dan antarabangsa di peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran
- Sama ada warganegara atau bukan warganegara Malaysia
- Berumur 45 tahun dan ke bawah
- Calon mestilah mempunyai kecemerlangan akademik dan bukan akademik yang diiktiraf oleh JKBPU
- Tidak menerima apa-apa biasiswa atau penajaan lain semasa memohon atau menerima penajaan biasiswa ini
- Mengikuti kursus dan program pengajian secara sepenuh masa di UMK
- Bagi pelajar tempatan, keutamaan diberikan kepada pelajar yang cemerlang dari golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40)
- Penajaan biasiswa ini boleh ditawarkan kepada pelajar yang layak mengikut kesesuaian dan keperluan yang mana akan diputuskan oleh Naib Canselor dan JKBPU
PENAJAAN BIASISWA PELAJAR
Biasiswa ini ditawarkan kepada lima orang pelajar dari kategori tempatan dan antarabangsa pada satu-satu masa.
- Meliputi yuran pengajian, yuran perkhidmatan dan lain-lain yuran yang dikenakan kepada pelajar. Walaubagaimanapun pelajar antarabangsa perlu menanggung lain-lain perbelanjaan yang tidak disediakan oleh pihak Universiti iaitu Medical Check up, Personal Bond dan Wang Hemat Diri
- Elaun Sara Hidup sebanyak RM800.00 setiap bulan dalam tempoh semester pengajian yang wajib dihadiri.
- Pelajar antarabangsa yang menerima penajaan Biasiswa adalah layak menerima semua kemudahan yang disediakan oleh pihak Universiti termasuk perubatan, perpustakaan dan pengangkutan
CARA MOHON BIASISWA
Permohonan hanya dibuka kepada pelajar yang menerima surat tawaran untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran di UMK.
Pelajar yang ingin memohon diminta untuk mengisi borang permohonan biasiswa yang boleh didapati di pautan berikut:
borang permohonan biasiswa naib cancelor
Pelajar hendaklah melengkapkan borang permohonan bersama dokumen sokongan dan dihantar kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) bagi pelajar prasiswazah manakala bagi pelajar pascasiswazah kepada Pusat Pengajian Siswazah (PPS). Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat permohonan tidak akan diproses oleh HEPA/ PPS.
Baca juga: Mohon Biasiswa Pendidikan Universiti UMK. Tajaan Yuran Pengajian & Elaun RM500 Sebulan