Tawaran Biasiswa IPT YP Buat Lepasan STPM Sambung Pengajian Di IPTA

Biasiswa IPT Yayasan Pahang (Lepasan STPM) ini diwujudkan bagi memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang kurang berkemampuan dan sebagai motivasi kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang cemerlang.

Biasiswa ini meliputi elaun sara diri bagi meringankan beban kos pengajian pelajar. Melalui biasiswa ini, ianya dapat membantu meningkatkan modal insan dalam Negeri Pahang.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut biasiswa ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Biasiswa IPT bagi lepasan STPM sambung pengajian dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 15 September 2022 hingga 5 Oktober 2022

TAJAAN BIASISWA

Yayasan Pahang akan memberi tajaan biasiswa seperti berikut:

  • Elaun sara hidup sebanyak RM3,000 setahun

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran biasiswa oleh Yayasan Pahang ini dibuka kepada pelajar yang berkelayakan seperti berikut:

  • Anak Negeri Pahang Darul makmur seperti takrif berikut:
    – Pemohon atau ibu bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; ATAU
    – Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu kemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada penghulu Mukim
    – Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak memohon
  • Pemohon mestilah memiliki kelulusan STPM Tahun 2021 dengan memperolehi keputusan 4A atau 3 A (a/A-)
  • tergolong dalam keluarga kumpulan B40 (pendapatan isi rumah RM4850 dan ke bawah) dan M40 (pendapatan isi rumah RM4851 – RM10,970/bulan)
  • Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa
  • Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik

CARA MOHON

Kerajaan negeri Pahang melalui yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa IPT Yayasan Pahang (Lepasan STPM) bagi melanjutkan pengajian di Institusi-Institusi Tinggi Awam (IPTA) dalam negara.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan online di pautan berikut:

Borang permohonan yang lengkap diisi mestilah dihantar melalui email ke alamat pinjaman@yp.org.my. Maklumat lanjut berkenaan biasiswa ditawarkan boleh terus ke laman web https://www.yp.org.my/

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma