Permohonan Biasiswa Gamuda Untuk Pengajian Ijazah Sarjana Muda Dibuka
Berminat nak dapatkan tajaan Yayasan GAMUDA untuk pengajian dan bekerja dengan syarikat ini setelah tamat pengajian? Yayasan GAMUDA kini membuka permohonan Biasiswa Gamuda kepada pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Untuk pengetahuan, Yayasan GAMUDA telah ditubuhkan pada 2016 untuk memberi tumpuan kepada bantuan pendidikan dan memperkasakan perusahaan sosial bagi penambahbaikan komuniti di dalam negara. Salah satu program bantuan yang ditawarkan adalah Biasiswa Gamuda.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tajaan Biasiswa Gamuda yang ditawarkan dan panduan buat permohonan bagi yang berminat.
Isi Kandungan
PROGRAM BIASISWA GAMUDA
Kami percaya bahawa dengan melabur dalam pendidikan dan membentuk pemimpin masa depan hari ini, kami boleh mengubah kehidupan, ekonomi dan dunia yang kami diami. Secara mampan menyumbang kepada pembangunan komuniti, kami menubuhkan Biasiswa Gamuda, bantuan pendidikan berprestij untuk membangunkan pemimpin masa depan.
Sejak 1996, Biasiswa Gamuda telah membuka jalan kepada anak muda Malaysia yang luar biasa untuk melanjutkan pelajaran mereka di dalam dan di peringkat global. Setiap tahun, Biasiswa Gamuda membolehkan berpuluh-puluh sarjana mempelajari kursus pilihan mereka dan mengakses universiti terkemuka di Malaysia dan luar negara. Sehingga kini, 471 pelajar telah mendapat peluang yang mengubah kehidupan, perspektif dan kerjaya mereka.
Lebih daripada sekadar bantuan kewangan, program biasiswa kami menyediakan platform holistik untuk masa depan yang lebih cerah, kerana anda akan memulakan perjalanan yang mengubah hidup.
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan Biasiswa Gamuda tahun 2022 dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 1 Mac 2022 – 31 Mei 2022
MANFAAT BIASISWA GAMUDA
Program Biasiswa Gamuda adalah tidak terhad kepada bantuan kewangan sahaja, antara manfaat lain melalui program biasiswa Gamuda adalah:
- Pembiayaan kewangan
- Penempatan latihan industri dan jaminan kerja dengan Gamuda setelah tamat pengajian
- Scholars’s Engagement and Development Programme (SEDP)
PROGRAM PENGAJIAN YANG LAYAK
Permohonan adalah terbuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berikut:
- Engineering (Civil, Electrical, Mechanical, Mechatronics, Software)
- Environmental Science and Sustainability/ Horticulture/ Biodiversity Management
- Quantity Surveying/ Building Surveying/ Construction Management
- Property and Real Estate Management
- Finance/ Accounting
- Business Studies/ Business Administration
- Architecture
- Psychology/ Human Resource Management
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan Biasiswa Gamuda 2022 adalah terbuka kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia dan merupakan pemegang MyKad
- Minimum 3A/ CGPA dalam STPM atau setaraf dengannya (contohnya A-Levels, Matrikulasi, Asasi, Diploma)
- Mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris
- Mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi, aktif dalam aktiviti kurikular, bersukan dan khidmat masyarakat
- Berminat untuk bekerja di Gamuda setelah tamat pengajian
- Tidak menerima apa-apa tajaan pengajian lain
- Mengikuti pengajian ijazah pertama sepenuh masa selepas pengajian pra-universiti
- Sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa
CARA MOHON
Sekiranya anda merupakan pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa dan berminat dengan biasiswa yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan secara online selewat-lewatnya 31 Mei 2022.
Permohonan boleh dibuat melalui laman web berikut:
Untuk maklumat lanjut berkenaan tawaran Biasiswa Gamuda, anda boleh terus ke laman web www.gamuda.com.my.