Jangan Berbuka Puasa Dengan Rokok, Ketahui Risiko Menghisap Rokok Ketika Perut Kosong
Bulan Ramadan semua umat islam di seluruh dunia digalakkan untuk berkejaran melakukan amal ibadah sebanyak yang mungkin. Perasaan lakukan amal ibadah pada bulan yang mulia ini pasti berbeza sama sekali daripada hari biasa.
Pasti ada di kalangan anda mempunyai tabiat merokok atau mempunyai rakan dan ahli keluarga yang merupakan seorang perokok.
Semua sudah sedia maklum bahawa rokok boleh memudaratkan kesihatan penghisap dan orang yang berada di sekelilingnya. Bulan puasa adalah cabaran buat perokok untuk menahan diri mereka daripada merokok selain daripada menahan nafsu makan dan minum.
Buat para perokok, inilah masa untuk anda melatih diri untuk berhenti merokok. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui risiko merokok apabila perut kosong.
Isi Kandungan
BAHAYA MEROKOK SEMASA BUKA PUASA
Tahukah anda sebenarnya bahaya bila jadikan rokok sebagai juadah berbuka puasa? Ini kerana rokok mengandungi banyak bahan kimia yang berbahaya untuk kesihatan kita. Bahan utama yang terkandung dalam rokok adalah karbon monoksida, nikotin dan tar.
Ketahuilah bahawa bahan kimia ini akan lebih berbahaya jika masuk ke dalam tubuh anda ketika keadaan perut kosong selepas berjam-jam berpuasa.
Karbon Monoksida
Apabila berbuka puasa, tubuh anda memerlukan nutrisi dan cecair untuk mengganti tenaga yang hilang sepanjang puasa.
- Jika anda terus merokok ketika berbuka puasa dalam keadaan perut kosong, risiko anda untuk mengalami mual, muntah, keletihan, dan pening akan meningkat.
- Kandungan karbon monoksida dalam asap rokok boleh masuk ke dalam aliran darah dan menurunkan kadar oksigen dalam darah.
- Ini menyebabkan sel-sel dalam tubuh anda kekurangan oksigen, sehingga anda merasa letih dan pening.
- Gas ini juga boleh menurunkan fungsi otot dan jantung.
- Karbon monoksida dalam darah juga dapat meningkatkan kadar kolesterol jahat dalam darah.
- Lama-kelamaan, ini boleh menyebabkan pengumpulan plak di pembuluh darah arteri anda serta membuatkan pembuluh darah arteri mengeras, kaku, dan kurang elastik.
- Ini kemudiannya mengakibatkan pembuluh darah menyempit dan akhirnya cenderung kepada penyakit jantung dan strok.
Nikotin
Nikotin yang diserap tubuh dalam keadaan perut kosong lebih besar berbanding dalam keadaan perut sudah terisi. Seterusnya, semakin besar risiko terkena kanser paru-paru.
- Merokok dalam keadaan perut kosong boleh meningkatkan risiko anda mendapat kanser paru-paru.
- Nikotin dalam rokok juga boleh menimbulkan banyak kesan buruk bagi kesihatan, seperti peningkatan tekanan darah, degupan jantung, dan aliran darah ke jantung, serta menyebabkan penyempitan dan pengerasan pembuluh darah.
- Semua ini kemudiannya boleh meningkatkan risiko serangan jantung.
- Nikotin juga merupakan zat adiktif yang membuatkan pergantungan anda dengan merokok.
- Zat ini boleh tinggal dalam tubuh anda selama 6-8 jam bergantung kekerapan anda merokok.
JADIKAN BULAN PUASA SEBAGAI LATIHAN BERHENTI MEROKOK
Puasa adalah masa di mana anda harus menahan segala nafsu makan dan minum termasuk nafsu merokok. Sebab itulah puasa adalah waktu yang sesuai untuk perokok melatih diri mengurangkan jumlah pengambilan rokok sehari. Tidak merokok sepanjang hari berpuasa lebih kurang 13 jam sehari mungkin adalah suatu kejayaan bagi perokok.
Mulakan dengan mengurangkan satu batang rokok sehari, lakukannya sehingga anda terbiasa dan kemudiannya cuba untuk mengurangkan satu batang rokok lagi dari jumlah sebelumnya. Lakukan perkara ini secara berterusan sehingga anda mungkin tidak merokok lagi.
Walaupun bulan puasa telah selesai, anda boleh meneruskan usaha anda untuk berhenti merokok. Kuncinya adalah konsisten. Jika anda setkan niat anda untuk betul-betul berhenti merokok, anda pasti boleh melakukannya. Selamat beramal!