Pakej Pas Bulanan My30 RapidKL Boleh Dibeli Mulai 15 Jun
Program My30 RapidKL yang diperkenalkan ini akan memberi manfaat pas perjalanan tanpa had dengan harga RM30 sebulan kepada pengguna. Diumumkan oleh Perdana Menteri pakej My30 RapidKL ini bertujuan untuk memudahkan urusan pergerakan rakyat Malaysia menggunakan MRT, LRT, Monorel, BRT dan bas RapidKL.
Melalui program ini, kos perbelanjaan harian rakyat yang menggunakan pengangkutan awam terutamanya yang setiap hari pergi ke kerja dapat dikurangkan.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Muhammad Nizam Alias dalam kenyataan hari ini telah mengumumkan bahawa pas bulanan MY30 itu boleh mula didapati mulai 15 Jun bersamaan Isnin ini.
Isi Kandungan
DAFTAR PAS BULANAN MY30 MULAI 15 JUN
Berikutan dengan pengumuman pendaftaran pas bulanan My30 mulai 15 Jun ini, pengguna boleh mendaftar di semua 122 buah stesen LRT, MRT, Monorel, BRT dan lima hab bas di Pasar Seni, Seksyen 2, Shah Alam, Greenwood, Terminal Kajang dan Sri Nilam dengan menggunakan MyKad dan MyTentera masing-masing.
Pakej My30 yang menggantikan sementara pas perjalanan tanpa had My100 dan My50, adalah sah bagi tempoh enam bulan iaitu dari 15 Jun hingga 31 Disember 2020.
CARA DAFTAR PAS MY30
Berikut adalah cara daftar pas RapidKL secara manual di salah satu daripada 122 buah stesen LRT, MRT, Monorel, BRT dan lima hab bas di Pasar Seni, Seksyen 2, Shah Alam, Greenwood, Terminal Kajang dan Sri Nilam:
- Pergi ke mana-mana stesen yang disenaraikan.
- Bawa sekali MyKad atau MyTentera anda ke kaunter semasa ingin membuat pendaftaran.
- Untuk pemegang MyKid, MyKid adalah antara 7 hingga 12 tahun sahaja.
- Ambil borang permohonan untuk mendaftar
- Isikan borang pendaftaran tersebut
- Pas bulanan ini hanya perlu didaftar SEKALI sahaja.
- Kemudian, setelah tamat tempoh sebulan daripada tarikh pendaftaran, pengguna pas hanya perlu menambah nilai pas menggunakan MyKad miliknya yang telah didaftarkan.
- Pas perjalanan adalah tanpa had untuk tempoh 30 hari dari tarikh pendaftaran/tambah nilai.
- Tambah nilai juga boleh dilakukan di stesen atau hub seperti yang dinyatakan di atas.
Pas Bulanan My30 merupakan inisiatif yang cukup bijaksana daripada kerajaan dalam menjana semula ekonomi negara yang amat terkesan daripada penularan wabak COVID-19. Bukan itu sahaja, inisiatif ini akan membantu mengurangkan beban rakyat yang menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja hari-hari.