JKMPay: Inisiatif Bayaran Bantuan Kewangan JKM Tanpa Tunai

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang melaksanakan satu inisiatif baru iaitu projek Bayaran Bantuan Kewangan Tanpa Tunai (Cashless) atau dikenali sebagai JKMPay.

Projek ini berstatus PROJEK RINTIS, dilaksanakan secara kerjasama bersama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) berdasarkan Memorandum Persefahaman (MOU) yang telah ditandatangani pada 13 Ogos 2020.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut inisiatif Bayaran Bantuan Kewangan Tanpa Tunai (Cashless) JKMPay.

PENERIMA BANTUAN YANG TERLIBAT

Program Bayaran Tanpa Tunai (Cashless) bermula dengan Projek Rintis yang dilaksanakan pada Februari 2021 hingga Julai 2021 dan seterusnya projek rintisini diperluaskan ke negeri-negeri mengikut fasa yang telah ditetapkan.

  • Program ini hanya melibatkan penerima bantuan baharu dan tidak melibatkan penerima bantuan yang sedia ada.

TUJUAN PENGENALAN JKMPAY

Program ini bertujuan untuk perkara berikut:

  • Memperkasa program bantuan kewangan JKM melalui kaedah bayaran tanpa tunai.
  • Memperkukuhkan kolobarasi di antara kerajaan dan pihak swasta dalam meningkatkan perkhidmatan Jabatan.
  • Memastikan bantuan yang diterima dimanfaatkan untuk penyediaan keperluan asas harian.
  • Menyokong ke arah mewujudkan masyarakat digital selaras dengan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia 2021 dan Memacu Tranformasi Perkhidmatan Digital Sektor Awam yang menyasarkan semua kementerian dan agensi menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang tahun
    2022.

SKIM BANTUAN TERLIBAT

Perlaksanaan program ini melibatkan semua skim bantuan kewangan bulanan Persekutuan yang melibatkan penerima bantuan baharu sahaja tanpa melibatkan penerima bantuan sedia ada. Skim-skim bantuan yang terlibat adalah :

  • Bantuan Kanak-Kanak
  • Bantuan Warga Emas
  • Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya
  • Bantuan Penjagaan Pesakit Kronik dan OKU Terlantar
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
  • Bantuan Anak Pelihara
  • Bantuan Latihan Perantis
  • Bantuan Am Persekutuan

KAEDAH BAYARAN BANTUAN

Setiap peserta yang terlibat telah diberi penerangan berkaitan program ini dan menandatangani surat persetujuan. Penerima bantuan tetep menerima jumlah bantuan mengikut kadar sedia ada yang dibahagikan kepada 50 peratus secara tunai dan 50 peratus secara tanpa tunai (cashless).

Contohnya:

Melalui kaedah ini penerima bantuan menerima kelulusan dengan kadar penuh. Penambahbaikan kaedah perlaksanaan program ini, setiap Peserta disediakan 2 kaedah penggunaan wang bantuan iaitu Perbelanjaan secara Tunai 50 % dan Perbelanjaan Tanpa Tunai 50 %.

Bagi perbelanjaan tanpa tunai penerima bantuan hanya boleh membeli barangan seperti berikut:

  • Makanan dan Minuman
  • Keperluan Isi Rumah ( Pampers, Bahan Pencuci, Tuala Wanita dan lain-lain)
  • Ubat-Ubatan
  • Barangan seperti rokok dan minuman beralkohol tidak dibenarkan.

KELEBIHAN TRANSAKSI SECARA TANPA TUNAI

  • Mendidik penerima bantuan mengurus dan mengawal perbelanjaan wang bantuan secara berhemah.
  • Menjamin peruntukan perbelanjaan keperluan makan minum dan keperluan asas penerima bantuan dah ahli isi rumah tersedia pada setiap bulan.
  • Kaedah perbelanjaan tanpa tunai lebih selamat berbanding perbelanjaan secara tunai dan sesuai dengan situasi semasa.
  • Lokasi kedai yang berdekatan dengan penerima bantuan.
  • Baki bantuan tidak lupus dan boleh dibawa ke bulan seterusnya.
  • Mengelakan salahguna dan penipuan.
  • Tiada keperluan penggunaan wang kecil.
  • Program ini flexi dan boleh diubah dari masa ke semasa berdasarkan keperluan Jabatan dan penerima bantuan.

Program ini bukan sahaja membantu penerima bantuan malahan ia dapat mewujudkan prasarana ekonomi yang baik di kalangan pekedai runcit dan kedai-kedai kecil di seluruh negara.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma