Permohonan Direct Debit Untuk Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Direct Debit adalah kemudahan bayaran balik pinjaman PTPTN dan deposit SSPN-i yang mana peminjam/ pendeposit memberi kebenaran kepada PTPTN membuat sejumlah potongan secara berkala daripada Akaun Simpanan/ Akaun Semasa mereka.
Bagi yang masih mempunyai baki pinjaman PTPTN yang masih belum di bayar, anda boleh gunakan kaedah ini bagi memastikan hutang dilangsaikan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai Direct Debit untuk bayaran balik pinjaman PTPTN serta cara untuk membuat permohonan.
Isi Kandungan
KELEBIHAN BAYARAN MELALUI DIRECT DEBIT
Antara kelebihan bagi peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman melalui Direct Debit adalah seperti berikut:
- Peminjam layak menikmati Diskaun 10% menerusi insentif Bajet 2017 bagi setiap potongan yang berjaya dilakukan.
- Peminjam boleh memastikan bayaran balik pinjaman dibuat secara konsisten.
- Peminjam boleh mengelakkan hutang pinjaman menjadi tertunggak sekaligus mengelakkan tindakan penguatkuasaan seperti senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan saman.
- Peminjam boleh mengelakkan rekod buruk dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) apabila tiada tunggakan pinjaman.
- Memastikan simpanan secara konsisten setiap bulan.
SENARAI BANK TERLIBAT
Berikut adalah senarai bank yang terlibat untuk menggunakan Direct Debit:
SYARAT PERMOHONAN
Syarat-syarat permohonan Direct Debit adalah seperti berikut:
- Permohonan Direct Debit bagi bayaran balik pinjaman atau deposit simpanan adalah untuk Akaun Pinjaman yang berbaki hutang/ Akaun Simpanan yang masih aktif.
- Amaun permohonan bagi bayaran balik mestilah sama atau melebihi ansuran bulanan yang ditetapkan. Bagi deposit simpanan, amaun minimum yang dibenarkan adalah RM20.
- Akaun bank yang dipilih untuk perlaksanaan Direct Debit mestilah berstatus Aktif.
LANGKAH MEMOHON POTONGAN DIRECT DEBIT
Langkah-langkah untuk melakukan transaksi melalui Direct Debit Online PTPTN adalah seperti berikut:
- Mempunyai Akaun Semasa / Simpanan daripada bank – bank yang dinyatakan diatas dan berdaftar untuk perkhidmatan perbankan elektronik.
- Mempunyai akaun Pinjaman (Bayaran Balik Pinjaman) / Simpanan (Deposit SSPN-i) di PTPTN.
- Untuk Bayaran Balik Pinjaman, anda dikehendaki untuk mengetahui jenis akaun pinjaman anda sama ada akaun pinjaman Islamik (Ujrah) atau akaun pinjaman Konvensional.
- Klik Mohon Direct Debit Pinjaman untuk semak jenis akaun pinjaman dan buat bayaran balik.
- Klik Mohon Direct Debit SSPN-i untuk semak baki simpanan dan penambahan deposit.
- Untuk panduan lengkap step-by-step permohonan Direct Debit Online anda boleh klik Panduan Lengkap Permohonan Direct Debit Online.
PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN DIRECT DEBIT ONLINE
Tempoh proses permohonan akan mengambil masa 3 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap.
TRANSAKSI POTONGAN DIRECT DEBIT
Potongan bayaran balik dan deposit SSPN-i akan berlaku pada setiap 1hb, 10hb atau 27hb setiap bulan tertakluk kepada tarikh kelulusan permohonan kebenaran Direct Debit oleh pihak bank pemohon.
Transaksi potongan Direct Debit GAGAL dilakukan akibat:
- Baki di dalam akaun tidak mencukupi
- Akaun pemohon tutup/ Akaun tidak aktif
- Sebab-sebab lain yang ditentukan oleh pihak bank pemohon
Pembatalan transaksi melalui Direct Debit akan dilakukan secara automatik sekiranya baki hutang keseluruhan pinjaman telah diselesaikan. Pembatalan atas sebab-sebab adalah tertakluk persetujuan pihak PTPTN.
Selain daripada kaedah Direct Debit, peminjam PTPTN juga boleh buat bayaran balik pinjaman PTPTN dengan Potongan Gaji ataupun Guna Simpanan KWSP untuk selesaikan hutang. Bagi yang sudah kena blacklist dengan PTPTN kerana tidak bayar hutang, anda boleh semak Cara Bersihkan Nama Jika Kena Blacklist PTPTN.
Untuk maklumat lanjut mengenai proses bayaran balik PTPTN, anda boleh hubungi PTPTN di talian 03-2193 3000.