Cara Bayar Bil Air Online Melalui JomPAY Yang Ramai Tak Nak Cuba
Dengan kemudahan yang ada hari ini, hampir semua perkara boleh di settelakan di atas talian! Mudahnya orang zaman sekarang, tidak perlu keluar rumah pun dah boleh bayar bil air. Bagi yang masih tidak tahu sebenarnya anda boleh bayar bil air secara online melalui JomPAY.
Anda perasan tak di cetakan bil air anda ada tercatat JomPAY di sebelah atas? Maklumat Biller Code dan Ref-1 dari situlah anda guna untuk bayar bil secara online.
Berikut adalah apa yang perlu anda ada untuk membuat bayaran secara online dan langkah-langkah pembayaran bil air melalui JomPAY.
Isi Kandungan
PERKARA YANG PERLU ANDA ADA
Untuk membuat pembayaran anda perlu ada beberapa perkara tersebut:
- Akaun perbankan online CIMB Click atau Maybank2u
- Baki dalam akaun bank
- Cetakan bil air
Baca juga: Cara Daftar Akaun Maybank2u
CARA BAYAR BIL AIR MELALUI JOMPAY
Berikut adalah langkah-langkah membayar bil air secara online menerusi JomPAY:
- Login ke akaun online banking anda (CIMB Click / Maybank2u)
- Klik ‘Pay & Transfer’ dan pilih ‘JomPAY‘
- Di ruang Enter Biller Code masukkan Biller Code seperti yang tertera dalam bil air anda
- Akan tertera ruangan anda perlu masukkan Ref-1. Rujuk bil air untuk dapatkan nombor Ref-1 anda
- From ‘Account’ sila pilih nombor akaun bank anda
- Masukkan jumlah amaun yang hendak anda bayar di bahagian ‘Amount‘
- Klik YES di ‘Accepting Terms & Conditions’
- Klik ‘Make Payment‘
- Anda akan terima nombor TAC melalui SMS. Masukkan TAC tersebut, pembayaran anda selesai.
Siap! mudah sahaja. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda dalam memudahkan urusan harian anda! Kongsikan juga ilmu bermanfaat ini supaya kita dapat senangkan ramai orang. Selamat mencuba!