12 Barang Dikawal Harga Bermula Esok, Anda Boleh Report KPDNHEP Jika Ada Peniaga Jual Mahal Dari Harga Kawalan
Untuk makluman Penguatkuasakan Skim Harga Maksimum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan bermula esok hingga 28 April ini bagi memastikan harga 12 barangan keperluan harian dapat dikawal sepanjang peraturan itu.
Antara senarai 12 barang itu ialah ayam, telur ayam, minyak masak, tepung gandum, tomato, kubis dan ikan kembung. Selain itu, KPDNHEP akan memantau bekalan dan harga 25 barangan keperluan harian sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa.
Antara barangan dipantau termasuk barang makan kering seperti gula, minyak masak, beras dan roti putih, manakala barang segar seperti ayam, sayuran, telur, bawang dan susu segar. Barang kebersihan dan kesihatan pula seperti cecair pembasmi kuman dan pembersih tangan, topeng muka, tisu tandas, lampin bayi dan dewasa
Jika anda dapati terdapat peniaga di sekitar anda yang mengambil kesempatan dalam kenaikan harga sesuatu barang dalam keadaan barangan mendapat permintaan tinggi atau kesalahan lain, anda berhak untuk membuat laporan kepada pihak KPDNHEP melalui cara di bawah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan peniaga yang tidak beretika dan talian KPDNHEP setiap negeri untuk anda buat laporan.
Isi Kandungan
APA MAKSUD PENIAGA TAK BERETIKA?
Peniaga yang tak beretika adalah peniaga yang tak bertanggungjawab dengan melakukan kesalahan yang mereka sendiri tahu perakra itu sebenarnya salah. Contohnya peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan yang mendapat permintaan tinggi seperti topeng muka dan barangan keperluan asas.
Berikut adalah contoh bagi peniaga yang dianggap tidak beretika.
Pencatutan Harga
Peniaga mencatut merujuk kepada mana-mana peniaga yang mengambil untung suatu barangan atau perkhidmatan secara berlebihan. Penentuan pencatutan ditentukan mengikut penetapan harga dan kos di peringkat premis peniaga itu sendiri dan bukan dibandingkan dengan premis yang lain.
Melanggar Kawalan Harga KPDNHEP
Untuk makluman semua, terdapat beberapa jenis barang yang harganya dalam kawalan KPDNHEP. Kawalan harga ini selalunya adalah terhadap barangan yang mendapat permintaan tinggi oleh pengguna pada masa sekarang.
Contohnya kini Kementerian mengawal harga melalui kuatkuasa AKHAP 2011 barang-barang berikut:
- Gula putih bertapis kasar dan halus
- Gas petroleum cecair
- Petrol Ron 95
- Diesel
- Topeng Muka
- Barangan yang terlibat dengan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan tertentu
Harga semasa barangan yang dikawal adalah berubah-ubah dan pihak Kementerian akan keluarkan harga kawalan baru jika terdapat perubahan.
Penandaan Harga
Pihak Kementerian menguatkuasakan Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Perniagaan Ditetapkan) 2017 yang mana sekiranya terdapat mana-mana peniaga yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan tindakan di bawah perundangan tersebut.
Resit
Pengguna boleh mendapatkan resit pembelian daripada peniaga dan peniaga yang enggan mengemukakan resit tersebut setelah diminta oleh pengguna merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.
SENARAI NOMBOR TELEFON KPDNHEP SETIAP NEGERI
Bagi membuat laporan, anda boleh hubungi talian KPDNHEP di negeri anda. Berikut adalah senarai nombor telefon KPDNHEP mengikut negeri:
- Perlis – 04 979 5000
- Kedah -04 700 1745
- Pulau Pinang – 04 255 2456
- Perak – 05 241 4611
- WP Kuala Lumpur – 03 4045 4471
- Selangor – 03 5512 5485 / 03 5518 1810
- Negeri Sembilan – 06 601 6500
- Kelantan – 09 741 6000
- Pahang – 09 571 7757
- Terengganu – 09 620 4701
- Johor – 07 227 2811
- Melaka – 06 234 5869
- Sarawak – 082 466 052
- Sabah – 088 484 368
- WP Labuan – 087 423 152
- WP Putrajaya – 03 8882 6088/6245
Anda boleh hubungi talian berikut untuk tujuan laporan. Talian tersebut beroperasi setiap hari pada jam 8 pagi hingga 6 petang.