Permohonan Bantuan Zakat Ramadhan Tahun 2023

Panggilan buat Muallaf yang Memeluk Islam di Terengganu dan menetap di Terengganu. Dimaklumkan bahawa Bantuan Zakat Ramadhan disediakan adalah bertujuan untuk membantu asnaf muallaf bagi menampung perbelanjaan dan keperluan menyambut bulan Ramadhan tahun 1444H/2023M.

Permohonan mestilah dibuat dengan mengisi borang permohonan disediakan dan hantar ke lokasi dinyatakan selewat-lewatnya 19 Januari 2023. Pastikan anda sertakan bersama dokumen-dokumen dinyatakan untuk melengkapkan permohonan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada MUALLAF/ SAUDARA KITA yang berkelayakan seperti berikut:

  • Memeluk Islam di Terengganu dan menetap di Terengganu serta mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita
  • Meeluk islam di luar Terengganu dan menetap di Terengganu serta mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita
  • Memeluk Islam di luar Terengganu dan menetap di Terengganu TETAPI TIDAK mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita.

Saudara Kita Yang TIDAK LAYAK:

  • Memeluk Islam di Terengganu dan menetap di luar Terengganu
  • Memeluk Islam di luar Terengganu dan menetap di luar Terengganu

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan:

  • Salinan Kad Memeluk islam/ Pengesahan memeluk Islam
  • Salinan MyKad/ Pasport/ Visa pemohon
  • Salinan MyKad Suami/ Isteri
  • Salinan MyKad/ MyKid/ Sijil Lahir anak-anak di bawah tanggungan:
    i) Anak belum bersekolah
    ii) Anak sekolah rendah
    iii) Anak sekolah menengah
    iv) Anak pengajian tinggi
    v) Anak OKU
  • Salinan Nombor Akaun Bank/ Muka depan buku bank (kecuali Tabung Haji & ASB)

CARA MOHON

Permohonan mestilah dibuat dengan melengkapkan borang permohonan dan kembalikan kepada Unit Dakwah-Saudara Kita sebelum atau pada 19 Januari 2023.

Download borang permohonan di bawah:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT RAMADHAN

Bayaran bantuan akan dikreditkan ke akaun pemohon. Bagi pemohon yang tiada akaun bank, pemohon wajib hadir dengan membawa kad pengenalan asal serta kad akuan memeluk agama Islam sebagai bukti. Tidak dibenarkan wakil untuk menerima zakat tersebut.

tarikh agihan akan dimaklumkan kemudian. Pemohon yang tidak mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita anjuran MAIDAM hendaklah mengisi Borang Akuan Bermastautin di Terengganu yang disahkan oleh Penghulu/ Amil Zakat/ Pengerusi MPKK.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma