Permohonan Bantuan Zakat Khas Covid-19 PKP 3.0 Negeri Sembilan Kini Dibuka

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) membuka permohonan bantuan khas bagi golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap secara bulanan serta terkesan dan terjejas pendapatan akibat wabak Covid-19 yang melanda seluruh negara.

Permohonan ini khusus bagi warganegara yang beragama Islam yang bermaustatin di Negeri Sembilan. Sesiapa yang memerlukan bantuan ini boleh kemukakan permohonan melalui borang yang disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan cara memohon.

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam
  • Bermastautin di Negeri Sembilan

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen sokongan berikut:

  • Kad pengenalan pemohon
  • Kad pengenalan pasangan (jika berkahwin)
  • Penyata akaun bank pemohon

CARA MOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan memerlukan bantuan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan sekarang. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan berikut:

Lengkapkan maklumat yang diminta dan muat naik semua dokumen yang diperlukan. Klik butang SUBMIT untuk hantar permohonan.

Permohonan Bantuan Zakat Khas Covid-19 PKP 3.0 Negeri Sembilan Kini Dibuka

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma