Permohonan Bantuan Sekolah Negeri Selangor Sehingga RM50,000 Dibuka
Program bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu mengekalkan dan menambah baik infrastruktur sekolah kerajaan dan swasta di Negeri Selangor dengan pemberian bantuan sehingga RM50,000 kepada sekolah yang berkelayakan.
Permohonan mestilah dibuat oleh pihak sekolah itu sendiri atau melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut. Permohonan bagi tahun 2022 dibuka secara online sehingga 31 Mac 2022.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan cara mohon di sini.
Isi Kandungan
KADAR BANTUAN SEKOLAH NEGERI SELANGOR
Program bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu mengekalkan dan menambah baik infrastruktur sekolah kerajaan dan swasta di Negeri Selangor dengan pemberian bantuan:
- sehingga RM50,000
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Sekolah-sekolah yang berkelayakan boleh buat permohonan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor sehingga:
- Tarikh tutup: 31 Mac 2022
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan adalah terbuka kepada sekolah-sekolah di bawah kategori berikut:
- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
- Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
- Sekolah Mubaligh
- Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) termasuk Sekolah Menengah Persendirian
- Sekolah Agama Rakyat (SAR)/ Sekolah Rendah Agama Integrasi (Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor)
- Maahaf Integrasi Tahfiz Sains
SKOP BANTUAN
Bantuan Sekolah Negeri Selangor ini disediakan bagi memberi kemudahan kepada sekolah-sekolah yang layak untuk membaik pulih atau membina:
- Kantin
- Surau
- Kelas
- Tandas
- Bumbung Bocor
- Dinding
- Susur Gajah
- Pagar Sekolah
- Pintu Kelas, Tandas
- Gelanggang Bola Keranjang
- Bilik Guru
- Perpustakaan
- Longkang/Perparitan
- Makmal Sains
- Makmal Komputer
- Bangunan Sekolah
- Bangunan Asrama
- Mengecat Bangunan Sekolah
- Kerusi/Meja
- Saluran Paip Air
- Pendawaian Elektrik
- Tingkap
- Lain-lain
CARA MOHON
Permohonan mestilah dibuat oleh pihak sekolah itu sendiri atau melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut selewat-lewatnya 31 Mac 2022. Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman berikut:
Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan ditawarkan, anda boleh terus ke laman ssipr.selangor.gov.my.