Permohonan Bantuan Pembinaan & Pembaikan Rumah Kasih Keluarga Malaysia Sehingga RM66,000

Program dinamakan Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia merupakan kelolaan bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang sudah bermula sejak minggu lalu bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas bantu dalam pembinaan dan pembaikan semula rumah yang musnah.

Sebanyak 10,018 rumah dikenalpasti untuk dibaik pulih dan 283 rumah baharu bakal dibina oleh kedua-dua kementerian tersebut. Angka tersebut diperoleh daripada pejabat daerah dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Bantuan Pembinaan & Pembaikan Rumah Kasih Keluarga Malaysia bantuan ditawarkan.

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan pembaikan dan pembinaan rumah kepada mangsa banjir di bawah KPLB yang terlibat kerja-kerja pembinaan semula dan pembaikan rumah disediakan akibat bencana banjir di bawah Program Bantuan Rumah dengan kadar seperti berikut:

  • Baik Pulih Rumah: RM15,000
  • Bina Baharu Rumah (Semenanjung): RM56,000
  • Bina Baharu Rumah (Sabah & Sarawak): RM68,000

TEMPOH PEMBAIKAN

Tempoh pembaikan semula bergantung kepada tahap kerosakan dan akan dilaksanakan Agensi Pelaksana selepas kelulusan nama daripada PKOB.

Manakala bagi pembinaan rumah, tempoh masa diambil adalah 3 hingga 4 bulan bergantung kepada kesediaan tapak.

CARA MOHON BANTUAN

Permohonan bantuan pembaikan/ pembinaan rumah kasih Keluarga Malaysia boleh dibuat seperti berikut:

  • Permohonan oleh Ketua Isi Rumah (KIR) perlu dibuat melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah dan Pejabat Daerah

Tempoh yang disasarkan adalah sekitar dua minggu bagi membaik pulih, manakala empat hingga enam bulan untuk pembinaan baharu kediaman mangsa terjejas.

Pada 19 Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan awal RM100 juta bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain.

Selain itu, kerajaan turut bersetuju memberi sumbangan sebanyak RM1,000 kepada setiap isi rumah yang terjejas akibat bencana banjir.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Bantuan Baik Pulih dan Bina Baharu Rumah Kasih keluarga Malaysia, anda boleh dapatkan di laman berikut:

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma