Permohonan Bantuan Raja Sehari RM1,000 Buat Orang Muda Berkahwin
Berita baik buat rakyat negeri Johor! Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM144.36 juta menerusi Bantuan Kasih Negeri Johor yang bakal memanfaatkan kira-kira 3.69 juta penduduk di negeri itu meliputi semua kategori, tanpa ada yang tercicir.
Pengagihan bantuan akan dilakukan secara berperingkat dalam masa terdekat sebagai tanda penghargaan dan kasih kerajaan negeri kepada semua rakyat Johor. Antara salah satu bantuan diumumkan dalam Bantuan Kasih Negeri Johor adalah bantuan kepada pasangan raja sehari yang pertama kali berkahwin.
Sekiranya anda bakal menjadi raja sehari, anda boleh mohon bantuan yang ditawarkan. Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan panduan permohonan.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN BANTUAN
Permohonan Bantuan Raja Sehari dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 1 Jun hingga 31 Disember 2022
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran Bantuan Raja Sehari dibuka buat orang muda yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Orang Muda Johor berumur 40 tahun ke bawah
- Bermastautin dalam negeri Johor melebihi 3 tahun
- Perkahwinan kali pertama sahaja dan didaftarkan di Negeri Johor dari tarikh 14 April hingga 31 Disember 2022
- Pendapatan suami dan isteri RM5,000 ke bawah
- Pemohon (suami atau isteri) hendaklah hadir sendiri menghantar permohonan di kaunter Pejabat Kadi Daerah
- Satu pasangan layak memohon sekali sahaja bantuan ini
DOKUMEN DIPERLUKAN
Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan (Lelaki dan Perempuan).
- Salinan buku bank/penyata bank (Lelaki dan perempuan);
- Salinan surat perakuan nikah (Sijil Nikah). Jika surat perakuan nikah hilang, pemohon perlu mendapatkan salinan asal dari
- Pejabat Kadi Daerah/Pejabat Agama Islam Daerah.
- Surat Akuan Mastautin daripada Penghulu/Ketua Kampung.
- Slip gaji suami dan isteri atau pengesahan pendapatan dari ketua kampung atau penghulu.
CARA MOHON
Bantuan ini menyasarkan penerima sebanyak 10,000 yang bakal menjadi raja sehari. Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan di atas dan ingin buat permohonan Bantuan Raja Sehari, anda boleh mohon dengan ikut langkah berikut:
- Muat turun borang permohonan dan lengkapkan dengan maklumat yang betul
- Sediakan dokumen yang diperlukan
- Hantar borang permohonan yang lengkap bersama dokumen dinyatakan ke Pejabat Kadi Daerah berdekatan
Klik butang di bawah untuk muat turun borang permohonan:
BORANG PERMOHONAN BANTUAN RAJA SEHARI
Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan dan pembayaran akan dikreditkan ke akaun suami atau isteri seperti yang dinyatakan dalam permohonan. Setiap pasangan hanya layak memohon sekali sahaja.