[Terkini BPN 2.0] Senarai Bantuan Baru KITA PRIHATIN Yang Diumumkan Oleh PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini telah mengumumkan pelaksanaan bantuan tunai yang akan diberikan kepada golongan B40, M40 dan golongan tersasar yang layak. Bantuan baru yang diperkenalkan adalah pakej Kita Prihatin (Bantuan Prihatin Nasional 2.0) dan merupakan sambungan kepada bantuan pakej PRIHATIN atau Bantuan Prihatin Nasional yang lalu.

Memahami masalah rakyat yang mengalami kesusahan hidup akibat daripada pandemik COVID-19, Kerajaan sentiasa komited dalam menghulurkan bantuan.

GOLONGAN SASAR

Antara golongan sasar yang bakal menerima manfaat bantuan yang baru diperkenalkan ini adalah:

  • Golongan isi rumah B40
  • Golongan bujang B40
  • Golongan isi rumah M40
  • Golongan bujang M40
  • Pekerja warganegara dalam pelbagai bidang
  • Peniaga mikro dalam pelbagai bidang

Baca juga: Apa itu Golongan B40, M40 dan T20? Ini Maksud Yang Mudah Anda Nak Faham

SENARAI BANTUAN BARU KITA PRIHATIN

Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Memahami masalah rakyat yang mengalami kesusahan akibat daripada pandemik COVID-19, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan kadar bayaran seperti berikut:

  • Isi rumah B40: RM1,000
  • Bujang B40: RM500
  • Isi Rumah M40: RM600
  • Bujang M40: RM300

Bayaran akan dilakukan secara ansuran sebanyak 2 kali iaitu pada hujung bulan Oktober 2020 dan Januari 2021. Sebarang permohonan TIDAK PERLU dilakukan. Semua penerima BPN yang lepas akan menerima manfaat BPN 2.0.

Program Subsidi Upah 2.0

Bagi majikan yang tidak menerima manfaat Program Subsidi Upah yang sebelum ini, anda layak untuk membuat permohonan yang akan dibuka mulai 1 Oktober hingga 31 Disember 2020 nanti.

  • Subsidi upah akan diberikan kepada majikan yang terjejas dan mengalami pengurangan hasil akibat daripada pandemik COVID-19
  • Kadar subsidi yang akan diterima adalah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja
  • Sekiranya majikan ingin membuat permohonan baru, mereka layak menerima subsidi selama 6 bulan

Bantuan Peniaga Mikro: Geran Khas Prihatin (GKP)

Hasil daripada penyelidikan, kerajaan telah mendapati bahawa masih ramai peniaga mikro yang terjejas tidak menerima Bantuan Geran Khas Prihatin yang telah disalurkan bulan Mei lalu di bawah pakej PRIHATIN.

Oleh itu, kerajaan akan membuka semula permohonan GKP kepada peniaga mikro yang terlepas permohonan lalu di bawah pakej KITA PRIHATIN.

  • Dibuka kepada peniaga mikro yang berdaftar SSM atau PBT sebelum 1 September 2020
  • Permohonan baru GKP akan dibuka semula pada 1 Oktober hingga 31 Oktober 2020
  • Kadar bayaran RM3,000 setiap peniaga akan diberikan kepada peniaga yang layak
  • Bayaran dijangka akan dilakukan pada 25 November 2020

Walaubagaimanapun, untuk sebarang perubahan atau maklumat permohonan terbaru akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma