Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan: Cara Mohon & Senarai Bantuan  

Kerajaan Negeri Selangor melalui Kaukus ADUN Muda Selangor dengan kerjasama Team Selangor dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan menyalurkan beberapa jenis bantuan kepada mahasiswa-mahasiswi yang terkesan di kampus dalam negeri Selangor.

Tujuan bantuan ini disalurkan adalah bagi memastikan para mahasiswa dapat terus berada dalam keadaan selamat dan juga sebagai ingatan untuk terus mematuhi SOP bagi mencegah penyebaran Covid-19.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan bantuan.

JENIS BANTUAN

Antara kemudahan yang ditawarkan melalui Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan adalah:

  • Pengangkutan pulang ke kampung
  • Bantuan makanan
  • Pelitup muka dan pensanitasi tangan (hand sanitizer)

MAHASISWA YANG LAYAK

Mahasiswa yang layak menerima Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan adalah:

  • Mahasiswa di Selangor yang belajar di Selangor
  • Mahasiswa dari negeri lain yang belajar di Selangor
  • Mahasiswa Selangor yang belajar di negeri lain

CARA MOHON BANTUAN PRIHATIN MAHASISWA

Mahasiswa yang layak boleh mohon Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan secara online melalui pautan-pautan berikut:

Lengkapkan maklumat seperti yang diminta dan akhir sekali klik SUBMIT untuk hantar permohonan.

Kerajaan Negeri Selangor berharap inisiatif ini dapat meringankan beban yang dihadapi oleh golongan mahasiswa yang terkesan pada ketika ini.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma