Terkini: Senarai Bantuan Baru Kerajaan PEMULIH. Bantuan Sehingga RM1,300 Untuk Isi Rumah
Susulan peningkatan kes Covid-19 di negara kita Kerajaan telah memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PKP akan terus disambung secara berfasa sehingga fasa keempat, iaitu fasa di mana rakyat Malaysia akan menjalankan kehidupan seperti biasa. Sehingga kini, kita masih berada di fasa pertama.
Memahami masalah semua golongan yang terjejas akibat PKP, Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi memberi bantuan kepada semua golongan dalam menghadapi kesusahan ketika PKP.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai bantuan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Isi Kandungan
SENARAI BANTUAN BARU KERAJAAN PEMULIH
Bantuan Khas Covid-19 (BKC)
Bantuan tunai dibayar secar berfasa mengikut kategori
- Miskin tegar
– Isi rumah: RM1,300
-Bujang: RM300 - Golongan B40
– Isi rumah: RM500
– Bujang: RM200 - Golongan M40
– Isi rumah: RM
– Bujang: RM100
Bantuan Hilang Pekerjaan
Pada bulan Oktober nanti, sebanyak 500 ringgit akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021. Bantuan ini dijangka memanfaatkan sehingga 1 juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan 500 juta ringgit.
Elaun Mencari Pekerjaan
Seterusnya, Kerajaan juga akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal. Mereka bolehlah mendaftar di bawah platform MYFutureJobs dan bakal menerima elaun sekurang-kurangnya 300 ringgit.
Selain itu, Kerajaan akan memperuntukkan 125 juta ringgit melalui HRD Corp untuk melaksanakan inisiatif Place and Train di bawah program Janapreneur terutamanya kepada belia lepasan sekolah dan graduan. Inisiatif ini dijangka membuka peluang kepada 30 ribu orang untuk mengikuti program latihan kemahiran dengan jaminan pekerjaan setelah tamat latihan. Pihak MDEC pula akan menambah baik program sedia ada iaitu eRezeki dan GLOW bagi membantu lebih 20 ribu pencari pekerja dalam ekonomi gig
Bantuan Bakul Makanan
Kerajaan sedar bahawa barangan keperluan asas amat penting bagi golongan yang memerlukan. Maka, sebagai tambahan kepada program Bantuan Bakul Makanan sedia ada, Kerajaan bersetuju memperuntukkan sebanyak 300 ribu ringgit kepada setiap ahli Parlimen, termasuk Ahli Parlimen Pembangkang, untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas di kawasan masing-masing
Peluasan Khidmat Sokongan Psikososial
Sejak dilanda pandemik ini, kita banyak mendengar mengenai masalah sosial. Antaranya termasuklah masalah tekanan mental dan emosi. Kerajaan akan memperluaskan sokongan psikososial melalui saluran seperti talian kasih. Sebagai tambahan, Kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan 15 juta ringgit kepada badan-badan bukan Kerajaan atau NGO dalam membantu Kerajaan menangani isu-isu sosial seperti kesihatan mental, gelandangan, dan masalah sosial lain di peringkat komuniti.
Diskaun Bil Elektrik
Bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat, Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan. Antaranya, diskaun sebanyak
- 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan dan
- 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan.
Secara keseluruhan, rakyat akan mendapat diskaun berjumlah 346 juta ringgit dan diskaun ini akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai 2021.
Sektor Terjejas
Selain itu, bagi sektor-sektor ekonomi yang terjejas khususnya pengendali hotel, taman-taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat pelancongan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan,
- dilanjutkan tiga bulan lagi
- diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus
- bagi bil bulan Oktober hingga Disember 2021.
Bantuan Peniaga GKP 4.0
- RM500 September
- RM500 November 2021
- Permohonan dibuka pertengahan Julai
Program Subsidi Upah 4.0
- 500 pekerja setiap majikan
- RM600 setiap pekerja selama 4 bulan
- Untuk pekerja gaji lebih RM4000
Penciptaan Pekerjaan
Memandangkan PenjanaKerjaya ini dijadual berakhir pada akhir Jun ini, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan program ini dan dijenamakan sebagai PenjanaKerjaya 3.0 dengan beberapa penambahbaikan. Ini antaranya
- mengurangkan had kelayakan gaji daripada 1,500 ringgit kepada 1,200 ringgit untuk program Malaysianisation supaya memberi lebih dorongan kepada majikan untuk mengganti pekerja asing dengan pekerja tempatan.
- Selain itu, tempoh kontrak penggajian juga akan dilonggarkan daripada 12 bulan kepada 6 bulan bagi kategori pekerja berusia 50 tahun ke atas, golongan OKU dan bekas banduan.
Program Shop Malaysia Online
Sehubungan itu, bagi menyokong agenda digitalisasi dan menggalakkan urusan transaksi tanpa tunai, Kerajaan telah membangunkan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil atau PUPUK sebagai inisiatif menyeluruh dan bersetuju memperuntukkan 200 juta ringgit untuk PMKS dan 100 juta ringgit untuk PKS.
Bantuan Penggiat Seni
Bagi membantu lebih 8 ribu penggiat seni dan terus menyokong industri seni dan kreatif tempatan, Kerajaan akan memperuntukkan 100 juta ringgit dalam bentuk kemudahan pembiayaan dan sokongan bantuan kewangan. Peruntukan ini antaranya meliputi insentif penghasilan karya dan kandungan digital, peluang kerjaya, program peningkatan kemahiran, caruman perlindungan di bawah PERKESO serta perolehan produk bagi tujuan produksi di televisyen, radio dan penciptaan lagu.
Pengusaha Kantin Sekolah
Kerajaan juga mendengar suara pengusaha kantin di sekolah yang masih ditutup dan menyebabkan mereka hilang mata pencarian. Kerajaan bersetuju bantuan kewangan sebanyak 1 ribu ringgit diberikan kepada semua pengusaha kantin berdaftar.
Selanjutnya, Kerajaan sedar bahawa pengusaha industri sukan dan operator arena sukan seperti gym, bowling, futsal dan sebagainya turut terkesan dan mereka hanya boleh beroperasi semula seawal fasa ketiga PPN nanti. Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan one-off sebanyak 3 ribu ringgit kepada mereka.
Bantuan Golongan Kurang Upaya
Bagi membantu golongan kurang upaya yang telah kehilangan pekerjaaan atau ketiadaan kerja, dan bukan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat sedia ada, Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan 500 ringgit seorang untuk tempoh tiga bulan. Untuk itu, 30 juta ringgit diperuntukkan bagi memanfaatkan seramai 20 ribu orang OKU.
Penangguhan Bayaran Balik MARA
kepada 9 ribu usahawan MARA yang turut terjejas akibat COVID-19, Kerajaan bersetuju untuk membenarkan mereka membuat permohonan penangguhan bayaran balik pembiayaan perniagaan MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pembiayaan dengan memanjangkan tempoh pembiayaan sehingga 36 bulan.
MARA juga akan melanjutkan pemberian diskaun 30 peratus ke atas sewaan premis perniagaan MARA bagi tempoh lima bulan lagi iaitu sehingga Disember 2021. Lebih 5,700 penyewa dijangka memperoleh manfaat daripada inisiatif ini. Saya menyarankan agar lebih banyak badan berkanun, syarikat GLC dan PBT turut memberi kemudahan pengecualian dan menawarkan diskaun sewa, lesen atau menangguhkan bayaran komitmen bulanan.
Bantuan PKS
Bagi terus menyokong sektor PKS mendapat kemudahan pembiayaan dan bangkit semula dalam fasa pemulihan, Kerajaan akan meningkatkan lagi had siling jaminan di bawah SJPP sebanyak 20 bilion ringgit menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 56.5 bilion ringgit.
Selain itu, Bank Negara Malaysia (BNM) juga komited dalam menyediakan akses bantuan kewangan kepada usahawan PKS. Sehingga kini, masih terdapat 6.6 bilion ringgit baki sedia ada daripada keseluruhan 25.1 bilion ringgit yang telah disediakan oleh BNM untuk manfaat pemohon baharu.
Sektor Pelancongan
Di samping itu, sektor pelancongan merupakan antara segmen yang sangat terjejas dalam tempoh pandemik COVID-19 ini. Sebagai pendorong atau kick-start, apabila negara beralih ke fasa ketiga PPN kelak, Kerajaan akan menyediakan bantuan one-off sebanyak 3 ribu ringgit kepada lebih 5,300 agensi pelancongan berdaftar.
Pelaksanaan i-Citra KWSP
Bagi meringankan beban kewangan ahli KWSP yang terjejas akibat PKP, KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra. Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran:
- sehingga 5 ribu ringgit
- dengan kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan
- untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.
Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian. Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.
Penagguhan Bayaran Balik Pinjaman
- memberikan moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam-peminjam PTPTN;
- menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah JPA dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima Biasiswa Persekutuan sehingga enam bulan;
- menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah 100 ringgit selama 12 bulan;
- menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan.
- dengan kerjasama pihak bank, moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro
Sebarang makluman lanjut berkenaan permohonan bantuan akan dimaklumkan kemudian.