Mohon Bantuan Penuntut Pengajian Pondok Umumi Negeri Kedah
Lembaga Zakat Negeri Kedah mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon Bantuan Penuntut Institusi Pondok Negeri Kedah seperti yang ditawarkan.
Bantuan adalah disediakan kepada anak kelahiran Kedah yang bermaustatin di Kedah dan sedang menuntut pengajian di pondok sekurang-kurangnya setahun.
Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
SYARAT PERMOHONAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Beragama Islam
- Anak kelahiran Negeri Kedah atau sedang bermaustatin di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 13 tahun sehingga 25 tahun pada tahun 2020
- Pondok berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK)
- Sedang menuntut pengajian di pondok sekurang-kurangnya setahun
- Layak memohon bantuan ini sekali setahun dalam tempoh 3 tahun pengajian di Pondok
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Permohonan mestilah disertakan bersama dokumen berikut:
- Salinan dokumen pengenalan pemohon, ibu bapa/penjaga
- Salinan penyata gaji/ pencen/ pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga
- Salinan surat pengesahan sebagai pelajar Pondok yang dikeluarkan oleh pihak Pondok
CARA MOHON BANTUAN
Permohonan adalah dibuka sehingga 30 November 2020. Borang permohonan yang lengkap diisi bersama dokumen sokongan perlu dihantar ke Pejabat Zakat Daerah yang berdekatan mengikut alamat tempat tinggal sebelum tarikh tutup.
Dapatkan borang permohonan bantuan di bawah: