Belanjawan 2021: Senarai Bantuan Penjawat Awam & Petugas Barisan Hadapan Yang Bakal Dinikmati

Belanjawan 2021 memperuntukkan beberapa inisiatif buat petugas barisan hadapan serta Penjawat Awam bagi menghargai jasa mereka terutama sekali dalam menghadapi krisis pandemik Covid-19.

Bantuan diberikan tidak terhad kepada bantuan kewangan sahaja, golongan ini juga bakal menerima manfaat dalam bentuk bantuan lain juga.

Berikut adalah senarai bantuan buat Penjawat Awam dan petugas barisan hadapan.

SENARAI BANTUAN PENJAWAT AWAM & FRONTLINERS

Bayaran RM500 Barisan Hadapan KKM

  • Sebagai tanda penghargaan jasa 100,000 pertugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Bantuan Khas Kewangan

  • RM600 disediakan buat kakitangan kerajaan gred 56 dan ke bawah
  • RM300 disediakan buat Pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen

Kenaikan Elaun Sejam

  • Inisiatif bagi 1,900 pegawai Bomba bantuan
  • Kenaikan RM6 sejam kepada RM8 sejam

Pingat Jasa Pahlawan Negara

  • Pemberian RM500 secara one off kepada 40,000 penerima

Menaik Taraf Kemudahan

  • RM153 juta diperuntukkan bagi menaik taraf kemudahan di pusat latihan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

Skim Perlindungan Kemalangan Diri Percuma

  • Skim Perlindungan Kemalangan Diri percuma sehingga RM100,000
  • Peminjam baharu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam bagi tahun 2021 dan 2020

Taska Di Bangunan Kerajaan

  • Peruntukan RM30 juta disediakan bagi menyediakan taska di bangunan kerajaan
  • Menyokong golongan ibu bekerjaya

Rumah Keluarga Angkatan Tentera

  • RM500 juta diperuntukkan bagi membina 1000 rumah keluarga Angkatan tentera

Latihan Veteran Tentera

  • Latihan Veteran Tentera Program latihan kemahiran dan keusahawanan di bawah program PERHEBAT bagi 12,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia

Program Perumahan Penjawat Awam

  • RM310 juta diperuntukkan bagi Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia

Baca juga: Pemberian Bantuan Khas RM1,000 Buat Penjawat Awam Di Pahang & Kedah, RM200 Buat Frontliners

Belanjawan 2021: Senarai Bantuan Penjawat Awam & Petugas Barisan Hadapan Yang Bakal Dinikmati

Baca juga: Senarai Inisiatif Belanjawan 2021 Bagi Melonjak Pengajian Tinggi & TVET Yang Graduan Perlu Tahu

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma