Permohonan Bantuan Pengajian Tinggi/ Sijil Kemahiran MAINS Dibuka

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menawarkan Bantuan Pengajian Tinggi/ Sijil Kemahiran kepada anak-anak asnaf dan Fisabillah MAINS yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi atau peringkat Sijil Kemahiran.

Anak Negeri Sembilan yang berkelayakan yang sedang belajar atau telah menerima tawaran dari mana-mana institusi pendidikan awam/swasta boleh buat permohonan bantuan ditawarkan dengan mengisi borang permohonan yang disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

SYARAT PERMOHONAN

Anak-anak Asnaf MAINS

  • Ibu/bapa adalah asnaf fakir atau miskin berdaftar MAINS
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Menerima tawaran pengajian tinggi/ sijil kemahiran di mana0mana institusi pendidikan awam/ swasta; atau
  • Sedang belajar di mana-mana institusi pendidikan awam/ swasta

Fisabillah

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Lahir dan menetap di Negeri Sembilan/ bermastautin/ menetap di Negeri Sembilan tidak kurang dari 1 tahun
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Menerima tawaran pengajian tinggi/ sijil kemahiran di mana-mana institusi pendidikan awam/ swasta atau
  • Sedang belajar di mana-mana institusi pendidikan/ swasta

CARA MOHON

Sekiranya anda merupakan anak Negeri Sembilan yang merupakan dari 2 kategori di atas dan bakal melanjutkan pengajian tinggi atau sijil kemahiran, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan di bawah:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN PENGAJIAN TINGGI/ SIJIL KEMAHIRAN

Borang permohonan yang lengkap diisi mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen yang diperlukan ke kaunter pejabat MAINS Daerah.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma