Bantuan Pelajar 2021: Bantuan Pendaftaran IPT RM2000 & Bantuan Khas Pelajar Sekolah RM200
Berita baik buat pelajar Sabah! Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan bantuan pelajar Sabah tahun 2021 yang dikenali sebagai Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (Budi) dan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (Bakti).
Bantuan ini diberikan kepada pelajar kelahiran Sabah yang melanjutkan pengajian ke IPT dan pelajar sekolah dalam kategori yang layak. Kedua-dua pemberian itu membabitkan peruntukan RM12 juta sebagai bantuan kepada anak-anak Sabah agar dapat meneruskan pembelajaran tanpa masalah kewangan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian Bantuan Pelajar Sabah Budi dan Bakti.
Isi Kandungan
BANTUAN PELAJAR SABAH 2021
Berikut adalah senarai bantuan pelajar Sabah 2021 yang disebutkan:
- Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (Bakti) untuk pelajar sekolah
- Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (Budi) untuk pelajar IPT
BANTUAN KHAS TUNAI PEPERIKSAAN (BAKTI)
Bantuan Khas Tunai Peperiksaan atau BAKTI adalah bantuan kepada pelajar sekolah berjumlah:
- RM200 setiap pelajar
Pemberian bantuan BAKTI adalah melibatkan pelajar yang akan menduduki:
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Semester akhir Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
- Sijil Tinggi Agama (STAM)
bagi penghujung tahun 2021.
BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN IPT (BUDI)
Untuk makluman anda, Bantuan BUDI bakal dilancarkan pada Mac tahun ini. Individu yang melanjutkan pelajar ke IPT awam atau swasta tahun 2021 untuk kemasukan kali pertama IPT di seluruh Malaysia akan terima bantuan:
- RM2,000 setiap pelajar
Syarat kelayakan yang dinyatakan bagi penerima bantuan BUDI adalah:
- Warganegara Malaysia berasal dari Sabah
- Berumur tidak lebih 25 tahun
- Melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda sahaja
- Ibu bapa pemohon atau penjaga merupakan dalam golongan B40 dan M40 dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah
- Pelajar yang telah mendapat tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri atau mana-mana institusi lain tidak layak mendapat bantuan BUDI
- Pemohon yang melanjutkan pengajian ke IPTS, IPT tersebut mestilah diiktiraf oleh kerajaan
- Pemohon bantuan BUDI hendaklah mendapatkan pengesahan kemasukan (telah mendaftar) di IPT masing-masing