Info

Bantuan RM500 Kepada Nelayan Di Pulau Pinang Dibayar Minggu Ini

March 2, 2021Oleh Cikgu Shaari1 min baca
Bantuan RM500 Kepada Nelayan Di Pulau Pinang Dibayar Minggu Ini

Kerajaan negeri Pulau Pinang meluluskan pembayaran pertama berjumlah RM500 sebagai sagu hati kepada nelayan di bawah pakej Pelan Pengurusan Impak Sosial (SISMP)bagi projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR).

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata bayaran akan mula dibuat pada minggu bagi mereka yang telah mendaftarkan maklumat dengan Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembayaran bantuan kepada nelayan.

KADAR BANTUAN

Bantuan akan diberikan kepada nelayan yang berdaftar dengan Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN) sebanyak:

  • RM500

TARIKH PEMBAYARAN

Pembayaran RM500 ini akan dijalankan secara berkelompok atau perkumpulan berdasarkan tarikh pendaftaran dibuat. Ini bermakna mereka yang mendaftarkan diri lebih awal akan mendapat bayaran dahulu. Senarai nama nelayan yang berdaftar telah disemak oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan negeri Pulau Pinang.

Kumpulan pertama(daftar awal) akan menerima bayaran pada:

  • 3 Mac 2021 (Rabu)

Manakala kumpulan kedua dan seterusnya menerima bayaran masing-masing pada:

  • 5 , 10 dan 12 Mac 2021

Jumlah keseluruhan nelayan (tekong dan awak-awak) yang akan menerima manfaat SIMP ialah 1,615 orang berdasarkan rekod LKIM.

Sumber

Topik artikel ini
Info
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda