Tawaran Bantuan Nelayan Laut & Nelayan Darat RM300 Buat Nelayan Berdaftar

Berita baik buat rakyat negeri Johor! Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM144.36 juta menerusi Bantuan Kasih Negeri Johor yang bakal memanfaatkan kira-kira 3.69 juta penduduk di negeri itu meliputi semua kategori, tanpa ada yang tercicir.

Pengagihan bantuan akan dilakukan secara berperingkat dalam masa terdekat sebagai tanda penghargaan dan kasih kerajaan negeri kepada semua rakyat Johor. Bantuan yang akan diagihkan ini merangkumi 28 inisiatif bertunjangkan lima kategori utama.

Antara salah satu bantuan diumumkan adalah Bantuan Nelayan Laut dan Nelayan Darat buat nelayan yang berdaftar. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan cara mohon.

KADAR BANTUAN

Nelayan yang berkelayakan akan terima bantuan tunai seperti berikut:

  • RM300

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran Bantuan Nelayan di bawah Bantuan Kasih Bangsa Johor ini terbuka kepada:

  • Nelayan yang merupakan rakyat Negeri Johor
  • Berdaftar dengan Pejabat Perikanan
  • Merupakan nelayan laut atau nelayan darat

CARA MOHON

Permohonan Bantuan Kasih Bangsa Johor (BKBJ) 2022 bagi Nelayan Laut dan Nelayan Darat boleh dibuat sehingga 16 Jun 2022 di:

  • SEMUA Pejabat Perikanan Daerah yang berdekatan.

Semak senarai alamat dan talian Pejabat Perikanan Daerah untuk dihubungi di bawah:

Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Perikanan Daerah Kawasan lesen didaftarkan dengan mengemukakan dokumen berikut:

  • Kad Pengenalan bagi tujuan verifkasi;
  • Borang permohonan yang lengkap
  • Salinan MyKad Biru yang disahkan
  • Salinan lesen vesel dan peralatan menangkap ikan / lessen menangkap ikan darat
    yang sah tempoh
  • Salinan Kad Nelayan yang sah tempoh (bagi nelayan laut sahaja)
  • Penyata akuan yang aktif dan disahkan oleh bank berkenaan
  • Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu)

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma