MAIK: Permohonan Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Peringkat Ijazah & Diploma
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menawarkan Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke IPT bagi peringkat Ijazah dan Diploma.
Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan dan mempunyai surat tawaran ke IPT adalah dipelawa untuk membuat permohonan bantuan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan permohonan bantuan.
Isi Kandungan
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan yang diberikan sekali sahaja adalah berdasarkan peringkat pengajian seperti berikut:
- Peringkat Ijazah – RM2,500
- Peringkat Diploma – RM1,700
SYARAT PERMOHONAN
Syarat permohonan yang perlu dipenuhi adalah:
- Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon peranakan Kelantan
- Beragama Islam.
- Permohonan terbuka untuk pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa sahaja
- Tarikh hantar borang permohonan selewat-lewatnya 1 bulan dari tarikh memohon
- Permohonan bantuan zakat ke IPT boleh dibuat sebelum tarikh pendaftaran dan selewat-lewatnya dua bulan selepas tarikh pendaftaran ke IPT tersebut.
- Tiada penaja dan bantuan kewangan lain / elaun / biasiswa.
- Pemohon hendaklah golongan asnaf yang layak menerima wang zakat.
- Pendapatan keluarga yang rendah.
- Tiada harta yang ekonomik.
- Ibu/bapa/penjaga yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.
- Warganegara malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kelantan.
- Bidang pengajian yang memberi manfaat umum.
- Permohonan yang tidak jelas dan tidak lengkap dan mengandungi maklumat palsu akan ditolak
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan adalah:
- Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak pemohon.
- Salinan Surat Tawaran IPT.
- Salinan Penyata Akaun Bank Islam Atau Bank Simpanan Nasional.
- Salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak ibubapa @ penjaga.
- Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak Tanggungan ibubapa @ penjaga.
- Salinan surat mati/surat cerai ibubapa @ penjaga (jika berkaitan).
- Salinan Slip gaji ibubapa @ penjaga sekiranya kerajaan @ institusi yang mengeluarkan slip gaji.
- Salinan Slip pencen sekiranya bersara.
CARA MEMOHON
Permohonan bagi individu yang memenuhi syarat kelayakan boleh dilakukan secara atas talian di pautan berikut:
Pemohon boleh kemaskini borang permohonan dan buat semakan status permohonan DI SINI
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Majlis Agama Islam Kelantan di talian 609-7481512 atau talian bebas tol di 1-800-88-6060. Anda juga boleh kemukakan pertanyaan ke alamat email maik@emaik.com.